Bukan satu penampilan sulung yang diidamkan mana-mana pemain dan perkara ini yang berlaku ke atas pertahanan baharu JDT, Jordi Amat.
Langkah Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League (ACL) akhirnya telah terhenti di pusingan 16 terbaik apabila dibenam 0-5 oleh Urawa Reds. Ia kekalahan terbesar kedua mereka di edisi kali ini.
Sebelum ini, saat di saingan peringkat kumpulan, mereka tumbang dengan keputusan yang sama ke atas satu lagi wakil J1 League, Kawasaki Frontale.
Urawa Reds bukan tandingan JDT
Walaupun menguasai permainan, JDT masih gagal untuk mengatasi Urawa Reds, malah dibelasah teruk bekas juara ACL edisi 2007 dan 2017 itu.
Farizal Marlias dilayangkan kad kuning pada minit ke-6, setelah beliau mengasari pemain lawan yang memberi penalti buat Urawa Reds dan Alexander Scholz sempurnakannya untuk tuan rumah di depan.
Our journey ends in the 2022 AFC Champions League Round of 16.
More photos at https://t.co/EoGJ3nwA4W#JDTvRED#AFCChampionsLeague#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/rOLCFFWOog
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 19, 2022
JDT dilihat semakin tertekan apabila layangan kad kuning kedua diberi kepada Matt Davies, setelah beliau menjatuhkan pemain lawan di luar kotak penalti dan hasilnya, lawan berjaya memperoleh gol kedua mereka menerusi sepakan percuma hasil jaringan Jens Karlsson pada minit ke-18.
Pada minit ke-38, Karlsson terus menambah derita buat JDT apabila pemain tersebut berjaya meledak gol ketiga buat Urawa Reds, setelah rembatan beliau langsung tidak sempat dihalang oleh pemain JDT.
Urawa Reds akhirnya menamatkan terus cabaran JDT pada minit ke-84 menerusi gol keempat mereka hasil jaringan Kasper Junker yang mudah menghukum kelemahan sistem pertahanan skuad kendalian Bidoglio.
Sebelum wisel penamat ditiup, Junker sekali lagi tampil untuk meledak gol kelima buat Urawa Reds, setelah sekali lagi pertahanan JDT tidak menutup ruang dengan baik untuk menghalang penyerang gantian tersebut.
🏟️ The atmosphere at Saitama Stadium never disappoints!#ACL2022 | #JDTvURA pic.twitter.com/mu9skbf4CU
— #ACL (@TheAFCCL) August 19, 2022
Jordi Amat diberikan ‘debut’ di JDT
Setelah menyertai JDT pada penghujung Jun lalu, Jordi Amat masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan. Ia dipercayai berpunca daripada masalah dokumentasi kewarganegaraan Indonesianya yang belum selesai bersama Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI).
Sebaik sahaja selesai tempohari, beliau telah dibawa terbang bersama ke Jepun untuk saingan ACL di mana JDT akan bertemu Urawa Reds.
Disebalik tiada pengesahan tentang penampilan pertamanya bersama JDT untuk perlawanan tersebut, Semuanya BOLA yakin beliau akan diturunkan. Ini disebabkan mereka kehilangan tonggak import dan pemain tengah, Leandro Velazquez yang dimaklumkan menjalani penggantungan.
Hilang Leandro, JDT Bakal Taruhkan Nazmi Faiz & Ini Juga Peluang ‘Debut’ Buat Jordi Amat?
Namun, perkara yang tidak dijangka adalah beliau tampil di posisi tengah, bukan di posisi neutralnya iaitu di posisi bek tengah. Beliau berganding bersama Nazmi Faiz dan Natxo Insa. Dan ia satu malam yang mahu segera dilupakan oleh Amat apabila JDT dibelasah teruk di Saitama Stadium.
Kali terakhir beliau bermain di posisi tersebut adalah pada 2019 ketika beraksi secara pinjaman bersama K.A.S Eupen di Jupiler Pro League, Belgium. Satu percaturan yang memakan diri pengendali, Hector Bidoglio.
Beliau sempat tampil selama 71 minit sebelum dikeluarkan apabila mengalami sedikit kecederaan dan telah digantikan oleh Syahmi Safari.
Ini rekod pertembungan JDT dengan kelab Jepun sejak 2019 dan ini adalah antara kekalahan terburuk mereka kepada wakil J1 League: