Selepas beberapa bulan tidak menonjolkan diri, kelibat terbaharu Faisal Halim dari tepi padang dengan status seorang pemain akhirnya menggemparkan kembali dunia bola sepak Malaysia.
Apa tidaknya, Faisal kini sebenarnya masih lagi sedang berada dalam tempoh pemulihan selepas detik hitam melanda pemain berkenan sebelum saingan musim 2024/2025 bermula.
Siapa sahaja boleh melupakan peristiwa hitam yang melanda bintang bola sepak Harimau Malaya itu yang telah menjadi mangsa keganasan penjenayah menerusi simbahan asid buatnya pada bulan Mei lalu.
Simbahan asid tersebut juga menyaksikan Faisal ketika itu berkemungkinan besar terpaksa melupakan terus dunia bola sepak profesional selepas kecederaan dialami beliau sangat menyedihkan.
Namun, keajaiban berlaku buat pemain yang memiliki tekad cukup kuat untuk kembali perlahan-lahan mewarnai saingan Liga M ketika ini bersama The Red Giants.
Buktinya, nama Faisal buat pertama kali secara rasmi didaftarkan untuk salah satu aksi Liga M musim ini bagi saingan separuh akhir kedua Piala FA musim 2024/2025.
Walaupun tidak beraksi, kehadiran Faisal di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersama rakan sepasukan lain untuk turun dalam sesi latihan rasmi mengundang sorakan ramai penonton.
Kerinduan penyokong sejati ketika itu sudah boleh dianggap sudah pun terubat dan ia berjaya mencetuskan harapan baharu dalam kalangan mereka untuk kembali melihat anak jati Pulau Pinang ini beraksi semula.
Pada masa sama, para penyokong juga turut berdoa serta berharap agar si pelaku menerima pembalasan supaya nasib Faisal terus terbela sebagai salah seorang insan teraniaya.
“Semoga laknat ALLAH jatuh ke atas orang yang mencampakkan asid ke muka beliau, mereka yang merupakan mastermind disebalik isu ini, mereka yang cuba menyembunyikan jenayah mastermind, mereka yang mengetahui sesuatu tetapi memilih untuk senyap dan segala yang berangkaian dengannya,” komen Husaini Abu Bakar.
“Sebak aku tengok Faisal ni… Jujur aku tak minat dgn dia. Tapi aku simpati dgn ujian yg menimpa dia. Semoga pelaku yg menzalimi Faisal tidak akan tenang dan tidak akan bahagia sehingga dia menyerah diri. Come back stronger dan semoga lebih berjaya. Dari bumi Johor tetap ramai yg mendoakan mu,” luah Norizan Omar.
“Hebat!hebat!hebat! Dalam masa 3 bulan kembali ke padang. Bukan sesuatu yang mudah. FH seorang yang sangat kuat semangat. Ramai jangka beliau akan kembali pada tahun depan. Tengok-tengok harini dah ada dalam senarai pemain. Gila la FH. Anak muda patut contohi semangat beliau. Tak semua orang mampu kuat seperti beliau,” Faidi Slamber.
Selain itu, banyak lagi komen lain yang meluahkan rasa kagum serta simpati mereka kepada pemain Malaysia ini dengan satu harapan diletakkan iaitu melihat Faisal kembali kuat.
Kami di Semuanya BOLA turut mendoakan Faisal supaya mendapat pembelaan sewajarnya selain mengharapkan dirinya terus kembali mewarnai dunia bola sepak Malaysia.