Bayangkan anda berada di tempat Mohamed Salah. Anda ditugaskan menjadi pengambil sepakan penalti pada minit ke-95.
95 juta lagi penyokong menantikan slot Piala Dunia pertama negara anda untuk pertama kali selepas 28 tahun. Kali terakhir Mesir layak adalah pada 1990.
Sudah pastinya rasa gemuruh menyelubungi diri anda. Namun bintang sensasi Mesir ini memastikan negara beliau mara ke Piala Dunia Rusia 2018.
Anda pasti terkesima mendengar pengulas ini yang sangat terharu dengan gol tersebut:
Mo Salah scores a 94th-minute penalty to send Egypt to the World Cup for the first time since 1990. Goosebumps. 🇪🇬 pic.twitter.com/llbQ7Qf5pY
— Football Planet (@FootballlPlanet) October 8, 2017
Perlawanan di antara Mesir dan Congo diadakan di stadium yang dikawal ketat oleh petugas keselamatan atas arahan FIFA dan juga CAF.
Mohamed Salah terlebih dahulu membuka tirai jaringan di dalam perlawanan ini pada minit ke-62. Mesir kemudian bergelut untuk mendapatkan gol kedua. Mereka mahu mengelakkan penentuan kelayakan ini diheret sehingga ke perlawanan terakhir.
Namun kedudukan disamakan oleh Arnold Bouka Moutou pada minit ke-87.
Namun pada minit ke-93, Mesir dihadiahkan sepakan penalti. Dan Salah menjaringkan gol ke-2 untuk beliau dan untuk Mesir dalam perlawanan ini.
https://www.youtube.com/watch?v=2SZB3wNphfs
Seluruh Mesir meraikan kemenangan ini. Bunyi bingit di jalanraya berterusan sehingga larut malam. Negara mereka mara ke Piala Dunia sekali lagi selepas pelbagai tragedi menimpa bola sepak mereka.
Sebelum ini mereka hampir memenangi AFCON 2017 tetapi tewas di tangan Cameroon.
Penjaga gol veteran berusia 44 tahun mereka Essam El Hadary telah menjadi saksi jatuh bangun bola sepak Mesir. Dan ini antara reaksi beliau.
Mesir masih ada 1 lagi perlawanan kelayakan, ia mungkin peluang untuk pemain-pemain muda mereka beraksi.
Tahniah Mesir!