Cristiano Ronaldo terus mencatat rekod baharu dalam sejarah bola sepak dunia dengan mengatasi rekod jaringan terbanyak antarabangsa milik Ali Daie selepas menyumbat gol ke-110 dan 111 untuk Portugal.
Dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia yang berlangsung di Estadio Algarve itu, John Egan terlebih dahulu meletakkan Republik Ireland di hadapan menerusi tandukan pada penghujung babak pertama.
Namun Ronaldo mencipta sejarah dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-88 sebelum memberikan kemenangan dramatik buat Portugal dengan gol kemenangan pada masa kecederaan.
Need a winning goal in the last minutes?
Hold my ̷b̷e̷e̷r̷ water bottle 😏🚰@Cristiano pic.twitter.com/Wa0xAYKj8t— Portugal (@selecaoportugal) September 1, 2021
Ia sekaligus menutup ‘dosa’ penyerang berusia 36 tahun itu yang gagal menyempurnakan sepakan penalti pada awal permainan selepas penjaga gol Ireland, Gavin Bazuna bertindak cemerlang melayangkan badannya ke sebelah kanan untuk menafikan gol pertama perlawanan.
Dua gol yang dijaringkan itu melengkapkan minggu luar biasa pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or tersebut yang baru sahaja melengkapkan kepulangannya epiknya ke Manchester United.
“Saya sangat gembira, bukan sahaja kerana telah memecahkan rekod, tetapi untuk detik istimewa hari ini. Dua gol pada penghujung permainan, ia sangat mencabar tetapi saya perlu hargai dengan apa yang pasukan inni lakukan,” ujar Ronaldo selepas perlawanan.
Mengenai sepakan penaltinya yang diselamatkan, beliau menjelaskan ia merupakan sebahagian daripada bola sepak.
https://twitter.com/cheddarbestb/status/1433184982797897728?s=20
“Kadang-kadang kamu menjaringkan gol, kadang-kadang ada kesilapan yang berlaku, tetapi saya percaya apa pun boleh berlaku selagi perlawanan belum berakhir.
“Kami berusaha hingga ke penghujung. Saya sangat gembira dapat jaringkan gol dan memenangi perlawanan ini.”
Dengan kembali menyertai United, beliau turut menjadi penerima gaji tertinggi dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu sekitar £385,000 seminggu, bersamaan £26.5 juta setahun, mengatasi gaji yang diterima oleh pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne.