Penajaan Ikonik Pirelli Bersama Inter Milan Akan Tamat Selepas 26 Tahun

Inter Milan Pirelli 2

Logo Pirelli sudah bagitu sebati dengan Inter Milan kerana selama 26 tahun nama syarikat tayar multinasional dari Itali itu terpampang di bahagian depan jersi kelab tersebut sebagai penaja utama.

Namun kerjasama ikonik tersebut akan berakhir menjelang penghujung tahun ini yang pastinya membuatkan penyokong setia Nerazzurri beremosi menjelang perpisahan entiti tersebut dengan pasukan kesayangan mereka.

Pirelli memulakan kerjasama sejak musim 1995/1996 dengan perjanjian penajaan sekitar £10 juta semusim berserta bonus.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Pirelli, Tronchetti Provera.

“Kami telah berbincang dengan [Alessandre] Antonello, CEO [Beppe] Marotta  dan pengarah Inter yang lain. Kami tidak akan menjadi penaja jersi Inter lagi, tetapi hubungan dan kerjasama dengan kelab ini masih diteruskan,” ujar Provera.

Tahun lepas terdapat laporan dari media Itali yang mendedahkan syarikat pembinaan China, Evergrande Group akan menggantikan tempat Pirelli untuk diletakkan di jersi biru hitam Inter bermula musim hadapan.

Antara faktor penamatan kerjasama tersebut adalah jumlah penajaan yang dianggap terlalu kecil berbanding dengan yang diperolehi oleh kelab-kelab utama Eropah yang lain.

Pemegang saham majoriti kelab tersebut, Suning Group kini sedang berdepan dengan pelbagai isu disebabkan pandemik COVID-19  terutamanya melibatkan masalah kewangan termasuk berkira-kira untuk membubarkan kelab China, Jiangsu FC yang baru sahaja menjulang kejuaraan liga pada tahun lepas.

Ia turut memberi kesan kepada urusan pembayaran baki yuran perpindahan serta bonus penyerang Romelu Lukaku yang dibeli dari Manchester United pada 2019 di mana Inter masih berhutang £47.3 juta.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Inter Milan:

Paul Scholes: Kisah Tawaran Dari Inter Milan & Penyesalan Terbesar Dalam Karier

Kisah Roberto Carlos Yang Terlampau Prolifik Di Depan Gol Jadi Punca Tinggalkan Inter Milan

Inter Milan Senarai 4 Pemain Untuk Ganti Eriksen Januari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN