Pemuda UMNO Kedah Harap Ahmad Bashah Lepas Jawatan, Sedih Lihat Cercaan Penyokong

Pergerakan Pemuda UMNO Kedah hari ini menzahirkan solidariti kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Mereka meminta agar Datuk Seri Ahmad Bashah mempertimbangkan cadangan mereka agar melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Ini kerana mereka sudah tidak sanggup lagi melihat Datuk Seri Ahmad Bashah menjadi kambing hitam oleh individu tertentu yang ada motif peribadi.

Pihak ini seringkali mensasarkan Datuk Seri Bashah sebagai modal untuk kepentingan politik mereka. Sedangkan Datuk Seri Bashah bersungguh-sungguh mahu memajukan bola sepak di negeri Kedah.

Mereka menjelaskan yang Datuk Seri Ahmad Bashah telah banyak bekorban demi peminat bola sepak Kedah termasuk mencari dana bernilai RM54 juta dalam 2 tahun ini untuk kegunaan KFA dalam operasi mereka.

Paling menyedihkan apabila ribuan penyokong Kedah menge-boo Datu Seri Ahmad Bashah ketika nama beliau diumumkan oleh juruhebah stadium.

Siri boo kepada Datuk Seri Ahmad Bashah ini telah berkali-kali berlaku musim ini. Dipetik daripada sumber Utusan Online, Ketua Pemuda UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata:

“Bukan itu saja, malah beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mempertahankan harga tiket di Stadium Darul Aman pada kadar terendah berbanding di tempat-tempat lain untuk penyokong.”

“Tetapi pengorbanan dan jasa beliau tidak langsung dikenang dan dihargai sehingga mereka memalukannya di stadium tempoh hari.”

“Justeru kami percaya, adalah lebih baik beliau serta seluruh kepemimpinan UMNO Kedah termasuk mana-mana exco yang menyandang jawatan lain seperti Setiausaha Kehormat serta Bendahari KFA melepaskan jawatan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN