Pemotongon Hak Penyiaran Bagi Langsaikan Sebahagian Hutang Legakan KAFA

KAFA

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menarik nafas lega apabila sebahagian bebanan tunggakan gaji beberapa bekas pemain dan jurulatih terdahulu telah dilangsaikan oleh Malaysian Football League (MFL) melalui pemotongan hak penyiaran pada musim 2019.

Presiden KAFA, Wan Abul Rahim Wan Abdullah, sebanyak RM 500,000 yang diterima daripada MFL pada 15 Julai lalu telah digunakan untuk membayar hutang dan pihaknya akan menanti pembayaran bagi fasa kedua hak penyiaran.

Manakala baki tunggakan selebihnya akan dibayar oleh MQ Technology Berhad berdasarkan pakej kewangan yang telah dipersetujui bersama dengan KAFA.

“MFL ada meminta KAFA selesaikan tunggakan gaji bekas pemain termasuk pemain import dan bekas jurulatih malah kami turut terbeban dengan pemotongan yang belum dilakukan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

“Sebahagian daripada isu ini sudah ada cara penyelesaian dan ini semua akan dikemukakan oleh FAM pada pertengahan September nanti bagi permohonan pelesenan kelab.

“Jadi kami telah capai persetujuan dengan MFL yang mana hak penyiaran pusingan pertama berjumlah RM 500,000 telah pun digunakan untuk membayar sebahagian tunggakan gaji pemain.

“Selepas ditolak daripada hak penyiaran itu nanti, baki hutang akan dibayar oleh MQ Technology dan kehadiran penaja kami ini dijangka akan beri impak besar kepada pelan kewangan kami.

“KAFA mahu ucapkan terima kasih kepada MFL yang sanggup membantu KAFA memandangkan banyak kes tunggakan gaji ini sudah libatkan FIFA dan sudah tidak ada peluang lagi bagi kami untuk membuat sebarang rayuan, ” katanya.

Pada 23 Ogos lalu, KAFA telah mengadakan pertemuan dengan MFL yang diketuai Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd. Shazli Shaik Mohd. bagi membincangkan isu membabitkan pelesenan kelab yang menjadi perhatian utama pada musim depan.

Mulai 2020, semua pasukan dari Liga Premier juga diwajibkan mempunyai pelesenan kelab walaupun tidak seketat pasukan yang bersaing di Liga Super.

Kelantan yang berdepan beberapa isu tunggakan gaji dilihat perlu segera menyelesaikan perkara berkenaan jika tidak mahu mengganggu urusan permohonan pelesenan kelab terutama pada aspek pengurusan kewangan.
“Perjumpaan dengan MFL juga turut membabitkan wakil dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mendapatkan pandangan yang mendalam mengenai pelesenan kelab memandangkan kami baharu sahaja mengambil alih KAFA.

“Seperti mana sedia maklum,Kelantan telah hadapi masalah yang berlarutan sejak 30 tahun lalu di bawah empat presiden yang berbeza sebelum giliran saya

“Kami telah mempunyai susunan pakej bagi selamatkan bola sepak kelantan dan bertuah kerana melalui perjanjian persefahaman (MoU) dengan MQ Techology, satu entiti yang dinamakan TRW Sdn.Bhd akan cuba memastikan faktor kewangan Kelantan akan berjalan lancar pada musim akan datang, “ katanya.

“KAFA juga telah melantik Datuk Seri Afandi Hamzah, seorang yang begitu berpengalaman bagi menyusun pasukan bagi hadapi musim depan dengan mengekalkan pemain tempatan berpotensi serta memburu pemain import berkaliber dari Afrika, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN