Permohonan Maaf Dari Ridzwan: Nidzam Bincang Dengan Peguam

Semalam kecoh di media sosial mengenai permohonan maaf secara terbuka oleh pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan berhubung tuduhan rasuah ke atas penolong jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff.

Nidzam, antara tujuh individu yang dipalit dengan isu itu selepas kekalahan 0-2 Kedah kepada Johor Darul Ta’zim pada final Piala Malaysia 4 November lalu bercakap kepada berita harian, beliau akan menyerahkan kepada peguamnya untuk membuat keputusan.

“Saya tidak boleh menyatakan apa langkah yang akan diambil kerana kes ini sudah saya serahkan kepada peguam. Saya akan berbincang dengan beliau serta meminta pandangannya sebelum membuat keputusan.

“Tapi secara peribadi saya menganggap tuduhan ini fitnah yang terlalu berat. Implikasinya amat besar ke atas diri serta karier saya.

“Ia bukan saja memburukkan reputasi saya malah boleh menutup periuk nasi saya sebagai jurulatih. Mungkin pada masa akan datang, kalau ada pasukan yang mahu menawarkan saya, mereka akan membatalkan niat itu berikutan tuduhan rasuah ini.

“Walaupun terlalu marah kerana tidak dapat menerima kekalahan Kedah, janganlah sampai menabur fitnah yang boleh memusnahkan karier orang lain,” kata Nidzam.

Nidzam Adhza Yusoff

Sebelum ini kecoh di media sosial selepas seorang pemilik akaun Facebook Muhamad Ridzwan menuduh Nidzam Adzha dan 6 pemain Kedah telah menjual perlawanan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang JDT pada 4 November 2017.

Ridzwan melalui akaun Facebook menamakan Nidzam serta enam pemain Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan ketua pasukan, Khairul Helmi Johari sebagai individu yang terbabit rasuah dalam perlawanan akhir itu.

Susulan tuduhan itu Nidzam membuat laporan polis di Balai Polis USJ, Subang Jaya pada 9 November. Ia disusuli dengan kenyataan peguamnya pada 18 November yang memberi tempoh 14 hari kepada Ridzwan untuk muncul memberi keterangan di mana-mana balai polis.

Rentetan isu itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil keterangan daripada Nidzam serta enam pemain berkenaan.

Semalam kami menerima satu video penjelasan oleh Muhammad Ridzwan yang meminta maaf di atas status kontroversi itu. Ridzwan memberitahu dia tidak ada niat memfitnah sebaliknya kenyataan itu adalah kerana rasa terlampau emosi.

Melalui video berdurasi 2:48 minit itu, Ridzwan berkata, dia sudah membuat laporan polis untuk menafikan dakwaannya ke atas semua individu berkenaan.

“Saya memohon maaf atas kenyataan itu kepada penama-penama yang saya sebutkan. Semoga permohonan maaf ini diterima oleh mereka bertujuh, seterusnya dapat menjernihkan keadaan,” ujar Ridzwan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN