Peminat Yakin Pelaksanaan ECP Mampu Didik Pasukan Kawal Perbelanjaan

Peminat bola sepak negara optimis Liga Malaysia musim 2020 tetap meriah dan dijangka kurang kontroversi selepas pelaksanaan Economic Control Programme (ECP) yang jadi mekanisme terbaik dalam usaha atasi masalah tunggakan gaji pemain.

Penyokong bola sepak Pahang, Mohamad Fauzi Abdul Manaf, dari Tokgajah.com berpendapat Liga Malaysia kini dipacu Malaysian Football League (MFL) berada dalam landasan yang betul dan mereka perlu diberikan ruang oleh semua pihak..

Ditambah melalui di bawah Datuk Haji Hamidin Mohd. Amin yang baharu mengambil alih tampuk kepimpinan MFL pada September lalu, Fauzi optimis bahawa akan ada perkara positif yang bakal berlaku.

ECP
Mohamad Fauzi Abdul Manaf

“ ECP ini jika dilaksanakan dengan betul mampu mendidik pasukan-pasukan mulai musim depan untuk membuat perancangan lebih teliti serta berhati-hati kerana selalunya pasukan terlalu ghairah tandatangan pemain pada awal musim.

“ Sebenarnya mereka tidak mampu daripada segi kewangan dan di penghujungnya, akan ada isu tunggakan gaji apabila mereka terlalu bergantung kepada hak penyiaran misalnya sehingga mengganggu perancangan pasukan,” katanya.

Mengenai saingan Liga Malaysia musim 2020, Fauzi teruja melihat persiapan beberapa pasukan yang sudah mula serius mahu menjadi pencabar selain membayangkan Johor Darul Ta’zim akan terus kekal sebagai calon utama mendakap beberapa kejuaraan.

Namun dia mahukan saingan yang lebih terbuka dengan ada lebih banyak pasukan sentiasa berada di tahap sama bagi memastikan peminat akan teruja mengikuti saingan Liga Malaysia secara berterusan sehingga ke penghujungnya.

“ Saya gembira lihat beberapa pasukan seperti Selangor dan Kedah yang jelas mahu beri saingan dengan membawa ramai muka baharu dan saya mahu saingan sengit pada musim depan.

“ Kita tidak mahu saingan hanya didominasi satu atau dua pasukan sahaja tetapi biar ada empat ke lima kalau boleh agar boleh timbulkan keghairahan kepada peminat untuk datang ke stadium pada sepanjang musim, ” ujarnya.

Mohd. Faizal Wahid

Sementara itu, Presiden Anak Selangor Fan Club(ASFC), Mohd. Faizal Wahid, turut berharap semua pihak akan berikan masa secukupnya kepada Hamidin memperbaiki sebarang kelemahan yang pernah timbul sebelum ini.

Dia mengakui bukan semua benda dapat ditukar dalam tempoh sekelip mata dan segalanya memerlukan masa selain semua pihak terutama peminat perlu bersikap terbuka di atas sebarang perubahan.

“ Kami sudah tahu kredibiliti beliau sejak di Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Hamidin sememangnya orang bola, malah kami dari ASFC melihat beliau satu-satunya calon sesuai membawa sebarang perubahn kepada bola sepak Malaysia.

“ Jadi selaku Presiden yang baharu, sudah tentu satu tugas mencabar bagi memastikan Liga Malaysia berada dalam keadaan tersusun selain menjana pendapatan kepada semua pasukan-pasukan bertanding.

“ Namun, saya menyeru kepada semua peminat agar teruskan sokongan kepada pasukan masing-masing kerana kita kena sentiasa menjadi tulang belakang kepada kemeriahan Liga Malaysia, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN