Peminat kini semakin yakin dan percaya yang ‘sumpahan musim ke-7’ Jurgen Klopp sememangnya benar-benar berlaku selepas melihat Liverpool mencatatkan kekalahan 2-1 bertemu Leeds United di Anfield.
Boleh dikatakan Liverpool sangat bergelut untuk berdepan dengan skuad Leeds United di Anfield awal pagi tadi dengan anak-anak buah Jurgen Klopp itu tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka di setiap posisi.
Skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah melalui permulaan musim yang sangat teruk pada musim ini dengan mereka pada ketika ini sudah mencatatkan empat kekalahan dari 12 perlawanan pertama dalam saingan Premier League.
🆕 Jurgen Klopp addresses 'major overhaul' question after Liverpool suffer shock Leeds loss #LFC
✍️ @ptgorsthttps://t.co/zzNTJNa3IE
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 30, 2022
Leeds United benar-benar memanfaatkan kesempatan bertemu skuad Liverpool yang sangat longlai dengan mereka cemerlang membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 permainan lagi.
Rodrigo cemerlang meledak gol awal untuk skuad kendalian Jesse Marsch itu, sebelum Mohamed Salah mengikat kedudukan menjadi 1-1 sepuluh minit selepas itu.
Liverpool jelas sekali gagal untuk mendapatkan momentum mereka dalam perlawanan tersebut dengan The Reds akhirnya dihukum gol kemenangan pasukan pelawat pada minit-minit akhir permainan.
Crysencio Summerville cemerlang meledak gol pada minit ke-89 permainan dan ia merupakan hadiah untuk ulang tahunnya yang ke-21 pada hari ini.
Jurgen Klopp:
“How can you bring this goal together with all the other goals we have conceded? It is an own goal, it's nothing to do with the situation, he passed the ball and the goalie slipped.” #lfc [mail] pic.twitter.com/r3eCS3rmci
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 30, 2022
Gol dari Summerville itu juga berjaya memberikan Leeds United tiga mata yang sangat berharga dengan mereka kini terkeluar dari zon penyingkiran.
Liverpool sementara itu berada di kedudukan kesembilan dalam carta saingan Premier League, dengan mereka kini 13 mata dibelakang Manchester City yang sedang mendahului carta saingan liga.
Ramai yang percaya bahawa Liverpool akan kembali bangkit musim ini selepas mereka gagal untuk merampas gelaran liga pada hari terakhir saingan Premier League pada musim lalu.
Walau bagaimanapun, masalah kecederaan dan juga beberapa masalah lain berkait pembelian pemain dan persembahan pemain sepertinya telah merencatkan musim baharu The Reds pada musim ini.
Is there something about Jurgen Klopp's 7th year…
Mainz: Relegated from Bundesliga. Leaves after failing to get them promoted.
Dortmund: 7th place finish. Lost Pokal final. Left.
Liverpool: Worst start to a season under him. pic.twitter.com/vyXieSd6oc
— ESPN FC (@ESPNFC) August 24, 2022
Selepas melihat The Reds mencatatkan kekalahan memalukan bertemu Leeds, para peminat di media sosial mula hangat memperdebatkan tentang ‘Sumpahan musim ke-7′ Jurgen Kloop.
Teori yang pada awalnya ditolak oleh kebanyakkan peminat itu pada ketika ini nampak seperti masuk akal dan seolah-olah sedang benar-benar berlaku pada ketika ini.
Pengalaman pertama Jurgen Klopp menjadi pengurus, beliau telah dilantik untuk menjadi ketua jurulatih skuad Mainz di Jerman.
Pengurus dari Jerman itu berjaya membawa Mainz untuk layak beraksi dalam saingan Bundesliga buat kali pertama dalam sejarah mereka.
Jurgen Klopp on comparisons with Dortmund:
“The situation at this club is different. The seven year spell was not planned or because I lost energy. I was manager at Mainz, after three years we got promoted to the Bundesliga and three years [later] we got relegated.” #lfc [times] pic.twitter.com/cStu9knxRO
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) October 8, 2022
Walau bagaimanapun, tiga tahun selepas detik bersejarah itu, yang mana ia merupakan musim ketujuh Klopp bersama kelab, mereka sebenarnya tersingkir dari saingan Bundesliga.
Selepas kariernya bersama Mainz, Klopp telah dilantik untuk menjadi pengurus Borussia Dortmund dengan beliau cemerlang membantu kelab untuk memenangi dua gelaran Bundesliga dan turut membawa kelab ke pentas perlawanan akhir saingan Champions League.
Walau bagaimanapun juga, pada musim ketujuh beliau di Signal Iduna Park, Klopp kehilangan penyerang utama beliau Lewandowski yang menyertai Bayern Munich dan beliau hanya mampu membawa Dortmund mengakhiri saingan Liga di kedudukan ketujuh sahaja dalam carta saingan Bundesliga.
Klopp ketika itu gagal membantu anak-anak buahnya untuk pamerkan aksi terbaik mereka dengan Dortmund ketika itu tidak lagi menjadi pasukan yang digeruni seperti sebelum-sebelumnya itu.
Saturday marked the seven-year anniversary of Jurgen Klopp's appointment at Liverpool.
At his two previous jobs with Mainz and Borussia Dortmund he failed to make it to an eighth season.#BBCFootball
— BBC Sport (@BBCSport) October 9, 2022
Kini, Jurgen Klopp sudah tujuh musim melatih Liverpool dan sepertinya beliau sedang melalui hal yang sama ketika bersama Mainz dan Borussia Dortmund.
Para penyokong Liverpool jelas sekali sangat risau yang sumpahan itu benar-benar berlaku dengan mereka sangat berharap Klopp mampu untuk lakukan sesuatu.
Setakat ini hanya sebilangan kecil sahaja dari penyokong Liverpool yang mendesak agar Klopp dipecat, selebihnya masih berharap agar pengurus dari Jerman itu akan mampu lakukan sesuatu untuk selamatkan kelab.