Peminat Gesa FAM Turut Ambil Tindakan Buat Pengadil Aksi Perak-JDT

Kontroversi membabitkan keputusan pengadil di Malaysia bukan lagi sesuatu yang baharu berada dalam topik perbincangan ramai dan ia telah pun berlaku sejak bertahun-tahun sebelum ini.

Walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) kini hadir dengan revolusi baharu dalam sistem pengadilan untuk menggunakan Video Assistant Referee (VAR), beberapa kelemahan masih lagi berlaku.

Terbaharu, nama Razlan Jofri Ali antara menjadi mangsa pertikaian para penyokong bola sepak Malaysia ekoran tindakan beliau hanya melayangkan kad kuning kepada bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi serta Tommy Mawat Bada.

Layangan kad kuning kontroversi itu berlaku selepas pergaduhan membabitkan Arif bersama
Tommy pada penghujung perlawanan antara Perak dan Johor Darul Ta’zim (JDT) sehingga kekecohan itu dileraikan oleh rakan sepasukan lain.

Melihat kepada insiden itu, tampil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan kedua pemain itu bakal diambil tindakan menerusi Dato’ S. Sivasundram yang merupakan Timbalan Presiden organisasi berkenaan.

“Kita akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum mengambil apa-apa tindakan lanjut.

“Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan duduk berbincang untuk meneliti rakaman penuh video insiden berkenaan bagi mencadangkan tindakan lanjut.

“Memang kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning sejurus insiden tersebut tetapi hukuman tambahan serta tindakan lanjut tetap boleh diambil jika ia dilihat perlu,” kata beliau.

Selain itu, Sivasundram turut menasihati para pemain untuk mengawal emosi mereka di atas padang demi mengelak sebarang masalah berlaku pada masa hadapan.

“Secara peribadi, saya melihat ia satu insiden yang serius apabila berlaku tindakan menumbuk dan juga mencekik yang dilakukan oleh kedua-dua pemain tersebut ketika insiden berkenaan.

“Apa pun kita akan tunggu laporan daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil bagi mengambil tindakan lanjut,” jelas beliau.

Walaupun tindakan FAM tersebut dianggap tepat, tampil segelintir peminat di media sosial yang turut berharap supaya pengadil juga turut menerima tindakan sepatutnya.

Kelemahan Razlan pada aksi itu jelas mengundang rasa kecewa dalam kalangan peminat yang mengharapkan supaya pengadil tersebut meningkatkan lagi kualiti beliau di atas padang.

“Ambil tindakan kat pengadil sekali. Baru ada perubahan dan pengajaran buat pengadil-pengadil semua,” komen Fauzi Husin.

“Ambil tindakan terhadap pengadil sekali yang membuat tindakan yang kurang tepat semasa perlawanan” ulas Abu Umar pula.

“Football Association of Malaysia siasat pengadil juga… pastikan telus… sesekali ketidakpuasan hati peminat bola sepak juga perlu diambil kira… contohnya saya fans sabah, tapi saya nampk banyak keputusan kontroversi pengadil malam tadi… tercemar liga kita bukan kerana insiden gaduh, tapi mutu pengadilan yg teruk… efek itu lebih besar,” luah LaXmana Lanzmania.

Bagaimana pula pandangan anda?

Kredit foto: The Photoshooterz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN