Peminat Gembira Dengan Siaran Langsung Iflix Hari Ini

Seperti semua yang kita tahu Iflix masih baru dalam dunia penyiaran sukan. Mereka dikejutkan dengan volume penonton luar biasa ke server mereka membuatkan server mereka sukar menampung.

Masalah yang sama berlaku dalam beberapa siaran pada hari berikutnya.

Pada hari ini ada 4 siaran langsung Liga Super 2018 disiarkan di iflix melibatkan:

1. Kedah vs Perak
2. Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur
3. Selangor vs Melaka
4. PKNS vs Pahang.

Hari ini Iflix telah memperbaiki kualiti liputan dan kelancaran. Walaupun ada isu dengan audio dalam perlawanan Selangor dan Melaka, namun ia diselesaikan sebelum sepak mula.

Pada hari ini juga juga Dato’ Hamidin memgumumkan yang musim semua pasukan Liga Super akan mendapat RM3 juta setiap satu pasukan dan RM1 juta untuk setiap pasukan Liga Perdana.

Rata-rata peminat hari ini berpuas hati dengan perkhidmatan iflix. Ada yang menyatakan mereka boleh akses ke Iflix walaupun dengan kelajuan internet sederhana.

Dengan kejayaan iflix memberikan servis lebih baik ternyata ia memeriahkan lagi suasana Liga Super yang boleh dinikmati lebih ramai peminat.

Ada juga yang masih mengharapkan beberapa penambahbaikan beberapa aspek. Namun mereka tetap merasakan pada hari ini iflix wajar diberikan pujian.

Selain daripada iflix siarang TVi dan Tv9 turut memenangi hak penyiaran 2 perlawanan melibatkan PKNS vs Pahang dan Kedah vs Perak.

Apapun tahniah kepada iflix di atas penambahbaikan siaran walaupun belum mencapai tahap optimum. Tak lupa juga terima kasih di atas baucar percuma 3 bulan.

Semoga terus memperbaiki mutu siaran demi kemeriahan bola sepak Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN