‘Peminat Gelap’ Dipersilakan Terus Berduka Atas Kejayaan JDT

Masih ingat episod kekalahan besar 1-6 Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Kelantan pada tahun 2013 di pentas Piala Malaysia?

Ketika itu JDT boleh dianggap sebagai bahan ketawa para peminat bola sepak di Malaysia selepas keputusan mengaibkan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV atas pelbagai perkara.

Tampil Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bersama suatu azam cukup tinggi untuk mengubah nasib pasukan ini menjadi lebih baik.

Ianya bukan suatu perjalanan yang mudah buat baginda untuk mencipta sebuah empayar baharu dalam dunia bola sepak di Malaysia kerana ketika itu Kelantan, Selangor, Pahang, dan Terengganu antara kuasa cukup besar.

Elemen wang dimiliki baginda sebenarnya hanya beberapa peratus di sebalik kejayaan JDT kini selepas pelbagai usaha lain dilakukan untuk membina sebuah pasukan menjadi hebat yang bukan hanya di Malaysia tetapi menongkah nama di pentas antarabangsa.

Tahun demi tahun nama JDT dihenyak, dikritik, diratib, serta turut dihina di pelbagai sudut untuk menjadikan hanya Tunku Ismail bersama Bangsa Johor sahaja terus menaruh kepercayaan tinggi akan kejayaan kelab itu pada masa hadapan.

Pada akhirnya, JDT berjaya membina suatu era yang mula mencabar gergasi lain menerusi kejuaraan Liga Super 2014 dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Perjalanan mudah buat JDT kerana wang? Itu yang mungkin dipersoalkan peminat selepas melihat kejayaan dicipta hasil peluh dan airmata baginda di belakang tabir bersama kelab berkenaan.

Tidak mengapa buat peminat gelap lain untuk terus menafikan kejayaan Harimau Selatan, kerana hanya Tunku Ismail bersama peminat sejati mereka sahaja mengetahui peritnya untuk pasukan itu membina sebuah empayar.

Kejayaan terbaharu JDT untuk mengaibkan Selangor di pentas Piala FA 2024/2025 sebenarnya bukan untuk membuktikan JDT perlu dihormati semua pihak.

Kerana sukar untuk peminat gelap terus mengakui pasukan ini sebagai pencetus fenomena era baharu dalam dunia bola sepak moden di Malaysia.

Tetapi, kejayaan itu sebenarnya adalah untuk terus membuktikan empayar mereka kini sukar digugat oleh mana-mana kelab tempatan walau pasukan sebaik Selangor.

Buat peminat gelap JDT, teruskan berduka atas kejayaan terbaharu Harimau Selatan yang akan terus diiktiraf secara rasmi tanpa boleh dinafikan sesiapa pun.

6-1 merupakan buah tangan JDT buat mereka yang sentiasa meratib pasukan itu akan tumbang bersama sebuah angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian.

Apa reaksi terbaharu Tunku Ismail akan kejayaan terbaharu JDT musim ini:

“No komen”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN