Peminat Desak Gol Jaringan Khabib Nurmagomedov Ini Diberikan Anugerah Puskas

Legenda MMA, Khabib Nurmagomedov sememangnya tidak dinafikan lagi sebagai seorang petarung terhebat dalam sejarah sukan tempur atas pencapaian beliau bersama UFC.

Beliau walau bagaimanapun telah memilih untuk bersara lebih awal selepas terkesan dengan pemergian ayahnya yang tercinta.

Selepas bersara dari bertarung di UFC, Khabib telah memilih untuk melatih petarung-petarung baru yang kini kebanyakkan dari mereka sedang mencipta nama dalam dunia sukan MMA.

Petarung dari Dagestan itu juga turut meminati sukan bola sepak dengan beliau turun menandatangani kontrak khas bersama sebuah kelab dari division ketiga bola sepak Rusia.

Bakat hebat beliau beraksi di atas padang tidak boleh dipertikaikan kerana Khabib sememangnya memiliki potensi untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional yang hebat.

Beliau juga turut mempunyai hubungan persahabatan yang sangat dasyat bersama legenda terhebat sepanjang zaman Portugal, Cristiano Ronaldo.

Sejak bersara dari UFC, Khabib sememangnya sering mendekatkan dirinya dengan sukan bola sepak dengan beliau bakal turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan-perlawanan besar di Eropah.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan bagaimana Khabib berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tidak pasti sama ada beliau sedang bermain bersama rakan-rakannya atau beliau sedang beraksi dalam satu perlawanan liga sosial, namun aksi beliau menjaringkan gol menggunakan teknik half volley berjaya mencuri perhatian peminat.

Di dalam video tersebut, Khabib dilihat berada di luar kotak penalti sambil memerhatikan rakan sepasukannya sedang merencana serangan.

Rakan sepasukan Khabib kemudiannya melambungkan bola masuk ke kotak penalti namun bola tersebut tepat ke kepala pemain pertahanan lawan.

Malang untuk pemain pertahanan tersebut, bola tandukan beliau perlahan-lahan menuju ke arah Khabib yang sedang berada berhampiran dengannya.

Melihat bola melantun dan melambung cantik menuju ke arahnya, Khabib segera bergerak ke arah bola dan melepaskan rembatan padu ke arah gawang gol lawan.

Teknik half volley yang sangat kemas dari Khabib dan bola rembatan beliau cantik menuju ke sudut sebelah atas gawang gol lawan.

Tidak dinafikan yang gol tersebut sememangnya sangat cantik dan luar biasa dasyat.

Melihat gol tersebut, para peminat di media sosial mendesak FIFA supaya memberikan anugerah Puskas kepada Khabib untuk gol yang sungguh dasyat itu.

Khabib jelas sekali bukanlah bermain bola kerana sekadar meluangkan masa lapang kerana beliau sendiri sebenarnya memang seseorang yang sangat cintakan sukan nombor satu di dunia itu.

Beliau bersama legenda AC Milan, Clarence Seedorf pada tahun lalu telah menubuhkan akademi bola sepak mereka sendiri.

Apa yang menariknya tentang akademi tersebut, Khabib dan Seedorf telah menggabungkan elemen bola sepak dan MMA sebagai dasar di akademi tersebut.

Akademi tersebut sudah dibuka dan mungkin beberapa tahun lagi peminat akan mampu melihat bakat-bakat hebat dari akademi tersebut mewarnai arena dunia bola sepak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN