Piala FA 2019 menyaksikan perlawanan tersebut telah diadili oleh barisan pengadil dari Jepun yang diketuai oleh Tokuta Okabe.
Tindakan FAM dianggap agak drastik. Ramai yang memberikan pandangan berbeza akan perkara ini. Sebelum perlawanan ada juga yang ingin melihat sejauh mana hebatnya pengadil Jepun ini beraksi di atas padang.
Takuto Okabe adalah salah seorang pengadil berpengalaman yang pernah mendapat lencana pengadil kelas tertinggi daripada Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) pada tahun 2006.
Pengadil Malaysia Ataupun Jepun, Mehmet Tak Kisah – https://t.co/iwWH2Ea0mT pic.twitter.com/iksZARvTwh
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 26, 2019
Beliau dibantu oleh penjaga garisan, Yagi Akane, dan Nomura Osamu. Ketiga-tiga pengadil mempunyai pengalaman luas sebagai pengadil perlawanan besar di Jepun dan antarabangsa.
FAM Umum Secara Rasmi 3 Pengadil Jepun Yang Bakal Adili Final Piala FA – https://t.co/V7qGGKmoHm pic.twitter.com/CS5ngoOvic
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 25, 2019
Perlawanan akhir Piala FA ini juga bukan perlawanan jemputan pertama yang pernah dikendalikan oleh mereka.
Pengadil Jepun Kongsi Pengalaman Pada Kursus Kepengadilan MA FIFA dan Seminar Pengadil Piala Malaysia 2019 & Challenge Cup 2019
Baca selanjutnya di https://t.co/t4rcyhWSxX#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/AeZpxjUuBZ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) July 26, 2019
Takuto Okabe misalnya pernah mengendalikan perlawanan yang dianggap panas di Liga Australia membabitkan Brisbane Roars menentang Newcastle Jets pada 2014, dan perlawanan liga divisyen 1 Vietnam (V1 League) di antara Becamex Binh Duong menentang Hanoi T&T pada tahun 2015.
MFL melalui Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Kevin Ramalingam turut mengesahkan ketiga-tiga pengadil akan dibantu oleh seorang pengadil tempatan untuk mengendalikan perlawanan tersebut.
Dalam perlawanan final Piala FA yang berlangsung malam semalam, rata-rata peminat kagum dengan kualiti pengadilan yang ditunjukkan Okabe. Beliau tidak melayan beberapa aksi lakonan pemain dan membuat keputusan yang memuaskan dalam beberapa situasi.
Mr Okabe, can you please stay here? You are doing a very good job at the moment, just want to say that.#PialaFA2019#SemuanyaBOLA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 27, 2019
Misalnya ketika memberikan layangan kad kuning kedua kepada Amirul Azhan, Okabe pergi ke arah Amirul Azhan dan dengan tegas memberikan kad kuning kedua atas kesalahan faul keras.
Tiada apa yang perlu dijelaskan Okabe panjang lebar kerana para pemain sedar kesalahan faul itu adalah kesalahan kad kuning yang sangat jelas.
90+3' | KAD MERAH UNTUK AMIRUL
Kad merah ditunjukkan oleh pengadil Jepun kepada bek pertahanan @peraktbgmy, Amirul Azhan selepas mengutip kad kuning kedua di minit-minit terakhir.#ShopeePialaFA2019#MFLLive#PRKKED pic.twitter.com/lVfReJp6Vr
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 27, 2019
Satu lagi situasi, Brendan Gan tidak banyak songeh ketika menerima kad kuning beliau atas kesalahan faul taktikal. Pemain profesional tahu akan perkara itu.
Ada juga peminat yang menyatakan mereka bukan mahu membandingkan kualiti pengadil Jepun dengan pengadil tempatan, tetapi sekadar menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan mutu pengadilan final Piala FA 2019 yang dianggap antara yang terbaik.
The real man of the match.#PialaFA2019 #SemuanyaBOLA pic.twitter.com/8Ckl2NZgxA
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 27, 2019
Para peminat Malaysia menzahirkan pandangan masing-masing ke atas pengadilan Okabe. Ramai yang mengucapkan terima kasih di atas kesudian Okabe menjadi sebahagian daripada pegawai pada malam final Piala FA 2019.
Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh laman peminat Harimau Malaya, rata-rata memberikan komen berpuas hati. Tak kurang juga ada yang berharap agar pengadil tempatan belajar sesuatu daripada mereka.
Rumusannya, pengadilan Okabe dan pasukan pengadilan final Piala FA 2019 pasti akan menjadi satu penanda aras yang sangat baik kepada pengadilan di negara kita pada masa yang akan datang. Jadi, itu antara perkara yang sangat positif kepada bola sepak Malaysia, terutama sekali pengadilan perlawanan.
Arigato dan sayonara kepada Tokuta Okabe serta pasukan pengadilan beliau. Sampai kita berjumpa lagi, dan selamat maju jaya. Jasa anda akan dikenang.
Apa pula pandangan anda? Kongsikan dengan kami.