Peminat Bengang Wout Weghorst Tak Dilayangkan Kad Merah Selepas ‘Menumbuk’ Moussa Niakhate

Peminat bengang selepas melihat Wout Weghorst terselamat dari layangan kad merah walau kesalahan yang beliau buat sangat besar dan patut dihukum dengan hukuman buang padang.

Wout Weghorst dilaporkan telah menumbuk bintang Nottingham Forest, Moussa Niakhate namun beliau terselamat dari layangan kad merah selepas melakukan hal tersebut.

Manchester United berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 bertemu Nottingham Forest di City Ground malam semalam, selepas Diogo Dalot dan Antony masing-masing mencatat nama sebagai penjaring gol untuk pasukan pelawat.

Kemenangan itu membantu Manchester United untuk membawa pulang tiga mata penuh, seterusnya mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu saingan Premier League.

Telah berlaku satu insiden panas dalam perlawanan tersebut, yang mana pemain gantian Man United, Weghorst bergaduh dengan pemain pertahanan Nottingham Forest, Moussa Niakhate.

Ketika perlawanan sudah masuk ke masa kecederaan, Weghorst dan Niakhate terlibat dengan satu insiden perebutan bola dan pemain kebangsaan Belanda itu dilihat menghayun penumbuk ke arah pemain lawan hingga menyebabkan pemain pasukan tuan rumah itu rebah sambil meraung kesakitan.

Pemain kebangsaan Senegal itu memegang kepalanya sambil berguling-guling kesakitan dengan pengadil perlawanan, Simon Hooper segera melayangkan kad kuning kepada Wout Weghorst.

Peminat di media sosial walau bagaimanapun tidak gembira dengan keputusan pengadil itu kerana mereka merasakan Weghorst perlu dilayangkan kad merah atas kesalahan tersebut.

“Itu sepatutnya kad merah, Weghorst cuba tumbuk Niakhate dan saya rasa tumbukan itu terkena walau sedikit.”

“Weghorst betul-betul tumbuk dia tapi tak dilayangkan kad merah? Di mana VAR?”

“Nahhh Weghorst hayun penumbuk tapi hanya dapat kad kuning sahaja, saya tak faham dengan mutu pengadilan pengadil-pengadil di sini.”

“Apa fungsi VAR? abaikan bola terkena tangan Maguire dan sekarang ada pemain yang menumbuk pemain lawan tapi turut tidak dihukum.”

“Weghorst sepatutnya sudah berada di luar padang selepas dia menumbuk Niakhate, saya bingung kenapa dia masih di atas padang.”

Tidak hairan untuk melihat peminat kecewa dengan keputusan VAR, kerana kesalahan tersebut sememangnya berhak untuk dihukum dengan hukuman buang padang.

VAR sebenarnya telah membuat beberapa keputusan kontroversi dalam perlawanan ini dengan mereka juga turut menafikan hak pasukan tuan rumah untuk mendapatkan sepakan penalti walau bola sudah terkena tangan Maguire.

Steve Cooper sendiri turut meluahkan kekecewaan beliau terhadap hal tersebut kerana beliau merasakan skuadnya patut dapat penalti pada aksi babak pertama.

“Saya sangat yakin insiden melibatkan Maguire itu adalah penalti, dan yang kedua adalah kad kuning.”

“Pengadil sepatutnya bagi, melihat kepada tahap dan situasi serta insiden itu, saya faham kenapa dia tak bagi. Tapi saya tak tahu kenapa VAR boleh tak nampak semua itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN