Kebelakangan ini hangat dimainkan di laman media sosial mengenai isu pemilikan pasukan-pasukan yang bertanding di dalam Liga Malaysia.
Ia menarik perhatian seorang pembaca setia kami yang juga merupakan penyokong Selangor. Beliau mahu membincangkan topik ini dalam perspesktif yang lebih kritikal. Ini adalah pandangan beliau.
Pemilikan penyokong dalam bola sepak Malaysia
Kegagalan saban tahun Pasukan khususnya milik Persatuan Bola Sepak Negeri mempersiapkan pasukan dari segi pemain, jurulatih dan yang paling utama keewangan pasukan, menyebabkan para penyokong mula hilang sabar dan memberontak.
Keadaan ini bukan satu yang pelik kerana penyokong sekarang lebih mengambil tahu perkara di luar padang dan bukan sahaja apa yang disajikan didalam padang.
Kepesatan teknologi maklumat banyak membantu penyokong menilai keadaan pasukan kesayangan mereka dan mereka tidak terkecuali dari membandingkan keadaan pasukan mereka dengan pengurusan pasukan-pasukan bola sepak elit diseluruh dunia.
Gerakan seperti #RevampSelangorFootball misalnya. Idea murni dan sekelompok penyokong yang mahu mengambil pendekatan memperjuangkan isu pemilikan pasukan.
Mereka mahukan pemilikan kelab beralih kepada kuasa penyokong mengantikan sistem pengurusan lapok Persatuan Bola Sepak Selangor.
Usaha yang murni bagi sebahagian penyokong Selangor. Namun begitu, banyak persoalan yang timbul terutama sekali berkaitan dengan pemahaman konsep pemilikan penyokong ini. Apa yang kita harapkan?
Dalam bahasa inggeris-nya, WHAT SHOULD WE EXPECT?
1. Pemilikan
Penyokong akan menggantikan ahli-ahli Persatuan Bola Sepak dalam menentukan hala tuju pasukan yang bertanding.
Untuk tujuan ini, pengurusan pasukan harus dipisahkan dari persatuan sekarang secara “rela hati”oleh persatuan ataupun “tebus-milik” oleh pihak yang berminat.
2. Politik
Ianya tetap akan berlaku. Jangan terlalu yakin anda tidak akan disajikan dengan permainan politik apabila pemilikan penyokong ini terjadi.
Ia tetap berlaku namun di dalam kerangka yang berbeza dan mungkin lebih rumit.
Ini disebabkan, aturcara perjalanan organisasi pemilikan penyokong ini hampir sama dengan persatuan bola sepak cuma kuasa undi ditangan anda sebagai ahli.
3. Persediaan anda sebagai penyokong-pemilik
a) Anda perlu mengundi ketua anda.
Pastikan calon-calon bertanding mengikut lunas demokrasi yang baik. Dengan erti kata lain, calon-calon ketua wajib membentangkan manifesto hala tuju serta pengurusan pasukan.
Mereka diberikan ruang yang adil sesama mereka membentangkan manifesto tersebut. Pilih ketua berdasarkan manifesto bukan disebabkan populariti semata-mata.
Paling utama, jangan pilih ketua disebabkan oleh anda ditaburkan wang sebelum undi berlangsung!
Ingatlah! nasib pasukan anda ditangan anda yang memberi undi.
b)Setiap organisasi mempunyai perlembagaan tersendiri.
Perlu FAHAMKAN perlembagaan sebelum menjadi ahli. Anda juga harus pastikan anda gunakan kuasa undi anda sekiranya perlu. Anda ada hak demokrasi ke atas klausa dan perlembagaan dalam organisasi.
Sebagai contoh:
Ingin mendapatkan/membeli pemain import, dan melantik jurulatih. Ia perlulah hasil daripada undia oleh ahli.
Pastikan juga perlembagaan yang diwujudkan itu melindungi hak anda sebagai pemilik. Yang paling utama anda perlu tentukan keistimewaan anda sebagai ahli yang ditulis didalam perlembagaan!
Daripada hak untuk mendapatkan season pass, diskaun pembelian merchandise pasukan, training pass, atau apa sekalipun, pastikan ditulis didalam perlembagaan pasukan.
Tetapi biarlah ia berbaloi dengan nilai yuran keahlian tahunan. Jika tidak, melingkup kewangan pasukan anda.
c) Rancang kewangan anda dengan betul.
Pastikan anda mampu untuk memberi komitmen yuran keahlian secara tahunan kepada organisasi. Jika tidak, tahun hadapan anda tiada kuasa undi dalam pasukan anda! Anda cuma penyokong biasa yang beratur beli tiket seperti biasa.
d) Bersedia untuk rugi
Jauhkan harapan untuk mendapat pulangan kewangan seperti dividen/keuntungan hasil dari pelaburan yuran keahlian tahunan anda.
Ekosistem bolasepak Malaysia pada hari ini tidak memungkinkan pasukan kita mendapat keuntungan seperti kelab-kelab eropah.
Cukuplah anda meletakkan harapan pulangan yuran keahlian anda seperti di point (b).
Rumusan
Untuk pengetahuan, ini hanyalah pandangan peribadi penulis tentang isu pemilikan penyokong ke atas kelab bola sepakm jauh sekali cuba untum memomokkan mahupun memperlekehkan usaha pihak yang memperjuangkannya.
Ini hanyalah pendapat secara umum, agar semua pihak tahu akan hak masing-masing. Lebih banyak aspek yang harus difahami. Ia cabaran kepada pihak untuk menerangkan dan menerima informasi secara dua hala.
Satu kajian dan kertas kerja yang sangat mendalam harus dilakukan. Belajar daripada kelab-kelab di luar sana yang sudah mengamalkan sistem ini secara praktikal bukannya teorikal.
Teori itu penting. Kerana teorilah kita dapat melakukan yang praktik. Namun teori tetap teori, ia hanya panduan. Keputusan atau hasil bergantung kepada cara teori tersebut dilaksanakan dengan tambah nilai kepadanya.
Jika ia dilakukan dengan efisien, ia akan membantu pasukan. Jika ia dilakukan tanpa pelan yang teliti, ia akan mempertaruhkan ‘nyawa’ pasukan.
Supaya jika idea ini menjadi, semua tidak tahu akan tanggungjawab dan obligasi yang paling asas oleh mereka di dalam perlembagaan pasukan.
Apa pula pandangan anda?
[adrotate group=”6″]
Nota editor: Artikel ini dihantar oleh pembaca kami Al Mukmin Jumari yang mahu membicangkan aspek pemilikan peyokong ke atas kelab bola sepak di negara kita. Jika anda mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak tanah air, e-mailkan ke [email protected]. Hantar artikel adan dalam bentuk microsoft words.
Baca juga: Kedah vs. Hebei China Fortune, 4 Perkara Yang Boleh Dimanfaatkan Oleh Kedah
Baca juga: