Pemilik Manchester City Beli Kelab Liga China, Sichuan Jiuniu

China

Pemilik Manchester City, City Football Group (CFG) mengumumkan secara rasmi bahawa mereka telah membeli sebuah kelab bola sepak di China.

Kelab yang dimaksudkan ialah Sichuan Jiuniu. Sichuan Jiuniu beraksi dalam divisyen tiga China.

Kuasai yang ketujuh

Menurut Ferran Soriano yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif CFG, pembelian Sichuan Jiuniu merupakan salah satu langkah terbaharu oleh firma tersebut. Beliau juga menyatakan China merupakan pasaran penting dalam industri sukan bola sepak.

CFG mengalu-alukan kehadiran Sichuan Jiuniu dalam portfolio dimiliki mereka. Pengambilalihan ini bukanlah dibuat oleh CFG semata-mata.

Ia dibuat bersama dua firma lain iaitu firma robotik UBTECH dan China Sports Capital.

Siapakah Sichuan Jiuniu

Kelab ini bermain di dalam saingan Chinese League Two, nama rasmi bagi divisyen tiga bola sepak China. Mereka ditubuhkan pada 2006 selepas kelab bola sepak Sichuan Guancheng berkubur.

Mereka beraksi di Longquanyi Stadium yang boleh membuatkan 42 ribu penonton pada satu-satu masa.

Menurut pemerhati Inside in Football , CFG kini dilihat lebih berminat untuk melabur ke dalam kelab bawahan yang mempunyai potensi untuk mencabar kenaikan divisyen. Mereka juga dikatakan berminat dengan projek pembangunan pemain.

Sekurang-kurangnya mereka tidaklah menumpukan sangat pembelian kelab yang beraksi dalam liga utama dunia.

Kuasa wang

CFG kini sudah mempunyai tujuh kelab yang berkaitan dengan organisasi tersebut. Selain Manchester City, Melbourne City (Australia), New York City (Amerika Syarikat), mereka juga mempunyai saham dalam Yokohama F. Marinos di Jepun.

Malah, mereka juga melabur di sebuah kelab Uruguay iaitu Club Atletico Torque. Pada Ogos 2017, Girona di Sepanyol menjadi ahli keluarga terbaru CFG.

Dan kini Sichuan Jiuniu menyertai keluarga besar dan ulung ini. Namun, bilakah CFG akan mula melabur dalam kelab di Asia Tenggara khasnya Malaysia?

Harapnya menjadi kenyataan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN