Pemilik Kelantan FC, Zamsaham Antara Yang Tampil Bantu Palestin Dalam Bentuk Crypto

Sukar untuk  menafikan bahawa rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurah dan gemar membantu golongan memerlukan melangkaui sempadan benua.

Kali ini sifat pemurah rakyat Malaysia sekali lagi terserlah apabila tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada mangsa kemanusiaan di Palestin.

Seperti yang kita lihat di media massa dan media sosial pada hari ini, terdapat pelbagai jenis saluran tabung yang diwujudkan oleh pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu dan menyalurkan sumbangan serta menjaga kebajikan dan hak kemanusiaan rakyat Palestin.

Adakah sumbangan kita sampai ke Palestin?

Namun sebagai penyumbang, pernahkan anda tertanya-tanya sama ada sumbangan yang diberikan itu benar-benar sampai kepada golongan sasaran di Palestin?

Untuk rekod pada Februari 2020, Duta Palestin di Malaysia, Walid Abu Ali mendedahkan sumbangan rakyat Malaysia kepada Palestin untuk tujuan pembangunan dan pembebasan Masjid Al-Aqsa tidak sampai kepada pihak pengurusan di negara itu.

Laporan media pada 2018 pula memetik kenyataan Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, Prof Dr Abdelnaser Abu Al Basal mendedahkan antara AS$2 bilion (RM8.3 bilion) hingga AS$3 bilion (RM12.45 bilion) sumbangan pelbagai pihak dari seluruh dunia tidak diterima oleh pihak yang disasarkan di Palestin.

Lalu bagaimana kita mahu memastikan sumbangan itu benar-benar sampai kepada saudara kita di Palestin?

Untuk menjawab persoalan tersebut, kami tertarik dengan perkongsian pemilik Kelantan FC, Saudara Norizam Tukiman, atau lebih dikenali sebagai Zamsaham melalui perkongsian beliau di Facebook baru-baru ini.

“Berbual dgn salah sorang founding member #SavePalestin..baru dilancarkan semalam…dan selepas dijelaskan, saya pun beli $PAL dengan niat menderma, masa nak beli token tu market capital 700k…ni dah 1.1juta,” ujar beliau ringkas melalui muat naik tersebut.

Perkara seterusnya turut membuatkan penulis semakin tahu apakah perkara sebenar di sebalik #SavePalestin dan $PAL yang dimaksudkan oleh Zamsaham.

“#Disclaimer: Ini tiada kena mengena dengan pelaburan saham dan perkongsian hanyalah sebagai salah satu usaha untuk membantu Palestin dalam bentuk Crypto.,” ujar beliau lagi.

SAVEPALESTIN

Semakan lanjut kami kemudiannya membawa kami kepada laman sesawang https://palestine.finance. SAVEPALESTINE sebenarnya adalah salah satu kaedah untuk membenarkan anda membantu mereka di Palestin dengan mata wang crypto.

Anda juga diberi jaminan sumbangan akan disalurkan secara terus kepada organisasi yang menjalankan kerja-kerja bantuan dan kebajikan di Palestin.

https://twitter.com/PalestineFin/status/1394135689650868225

Dan setiap minggu sumbangan akan dihantar kepada mereka di Palestin berdasarkan nilai mata wang semasa di pasaran. Sebagai contoh, baru-baru ini Global Sadaqah, salah sebuah organisasi antarabangsa telah menerima sumbangan RM38,000 hasil kutipan dari SAVEPALESTIN.

Selain Global Sadaqah sebuah lagi organisasi yang akan mendapat sumbangan terus dari kutipan dan sumbangan crypto ini adalah Aman Palestin.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, anda boleh terus ke laman sesawang https://palestine.finance atau ikuti mereka di Twitter untuk sebarang perkembangan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Palestin melalui pautan:

10 Pemain Ternama Dunia Yang Bersolidariti Bersama Perjuangan Rakyat Palestin

Penyokong Celtic Lancar Kempen Kutip Dana Untuk Rakyat Palestin Di Gaza

Gary Lineker ‘Diserang’ Aktivis Pro-Zionis Selepas Kongsi Video Sedih Ini Di Twitter

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN