Pencabar baharu Liga Super, Kelantan dilihat semakin serius mempersiapkan para pemain untuk mengharungi cabaran musim ini dengan beberapa muka baharu sudah ditandatangani.
Malah, Kelantan juga seolah memberi amaran mengenai kehadiran mereka pada musim 2023 bukan sekadar sebagai penumpang, sebaliknya tampil dengan serba lengkap dari segenap aspek.
📷 | Pra Musim 2023
Pasukan TRW terus giat menjalani latihan intensif untuk menghadapi perlawanan persahabatan seterusnya.#ThePowerOfGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya#Zamburger#lascoffee#unclezambox pic.twitter.com/RHX1QP4A7U
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) January 27, 2023
Musim lalu menyaksikan Kelantan berjaya menamatkan cabaran Liga Premier dengan menyandang gelaran naib juara menerusi prestasi yang sangat baik dipamerkan.
Selain menumpukan kepada kekuatan pasukan, Kelantan juga kini giat menaik taraf jenama mereka untuk terus mengukuhkan diri selaku salah satu pasukan besar dalam arena bola sepak tempatan.
Terbaharu, pemilik Kelantan iaitu Norizam Tukiman (Zamsaham) memberi bayangan pasukan tersebut berkemungkinan akan memiliki pesawat peribadi mereka sendiri pada masa akan datang.
Menurut Zamsaham, pesawat peribadi itu dilihat sebagai sesuatu yang baik buat ekonomi mereka kerana memudahkan perjalanan Kelantan untuk bertandang ke gelanggang lawan sepanjang saingan liga berlangsung.
Malah, Norizam juga menganggap dana pasukan juga akan bertambah pada masa akan datang, sekiranya pesawat tersebut disewakan kepada umum jika tiada perlawanan membabitkan Kelantan.
“Kita selalu melakukan perjalanan ke Sarawak, Sabah dan perjalanan ini amat memenatkan. Jadi apa kata mungkin satu hari ini nanti (kelab ada pesawat sendiri), setiap orang tak salah untuk ada impian, angan-angan dan cita-cita.
“Mungkin kita boleh beli satu pesawat peribadi, tapi bukan yang baharu, kita beli yang terpakai. Saya pun sudah semak melalui seorang kapten yang bawa pesawat peribadi.
“Mungkin ia memberi impak yang positif sebab kita tak perlu lagi membayar RM30,000 atau RM50,000 untuk satu perjalanan sebab ramai nak bawa 30 orang.
“Jadi kita beli yang besar sedikit, kalau setahun 50 kali terbang sana sini kita ada pesawat kita sendiri. Kalau tak ada perlawanan kita boleh sewakan,” katanya menerusi Berita Harian.
Apa yang dikatakan oleh Zamsaham itu mungkin akan menjadi kenyataan pada masa akan datang, kerana sehingga kini banyak pembangunan dan inovasi sudah dibuat beliau untuk menaikkan bola sepak Kelantan.
📷 | Galeri foto sempat merakamkan suasana pada Majlis Menandatangani Persefahaman (MoU) di antara TRW Kelantan FC dan pitchIN sebagai satu kerjasama penerbitan pelaburan Token TRW yang diadakan di LAS Coffee, Hotel Zamburger Kota Warisan.#TRWSelamanya#pitchIN pic.twitter.com/afHpZMBZsJ
— TRW KELANTAN FC (@kelantanfc_trw) January 27, 2023
Berdasarkan situasi semasa ianya mungkin akan sukar, tetapi tidak mustahil untuk Kelantan terus mencipta sejarah tersendiri dalam bola sepak negara.