Pemilik Kedah ‘Tegur’ Jentera Serangan Supaya Lebih Tajam

Pemilik Kedah Darul Aman, Tan Sri Dr. Daud Bin Bakar menegur barisan serangan Sang Kenari untuk tampil lebih tajam bagi menghadapi perlawanan pertama Piala FA 2024/2025.

Awal musim ini sebenarnya menyaksikan jentera serangan Kedah jelas sedikit tumpul, selepas beberapa rombakan baharu telah dibuat oleh pengendali utama pasukan berkenaan iaitu Nafuzi Zain.

Tampil dengan serba kekurangan serta isu dalaman yang masih menghantui, prestasi Sang Kenari sedikit kurang menyakinkan sehingga hanya satu gol terhasil daripada tiga perlawanan dilalui.

Satu gol tersebut hanya dihasilkan pada perlawanan pertama Kedah ketika bertemu PDRM menerusi ledakan penyerang Harimau Malaya, Syafiq Ahmad dan selepas itu tiada sebarang jaringan diraih Kedah sewaktu menghadapi cabaran Selangor dan Perak.

Perkara itu sebenarnya bukan sahaja merisaukan Daud Bakar sendiri, malah segelintir peminat juga sudah pun meluahkan rasa tidak puas hati akan kualiti pemusnah Kedah.

Pada aksi yang bakal berlangsung hari ini, Kedah akan berdepan cabaran Bukit Tambun FC yang hadir dari Penang untuk aksi sulung mereka di pentas Piala FA.

Jelas Daud Bakar, beliau menasihatkan supaya Kedah menajamkan lagi kualiti penyudah mereka di hadapan gawang gol apabila berdepan BTFC.

Ianya dianggap cukup penting untuk memastikan Sang Kenari meraih kejayaan serta melayakkan diri ke pusingan seterusnya seperti apa telah dirancang mereka bagi saingan musim ini.

“Saya berharap jentera serangan kita dapat dipertajamkan lagi dari aspek kemampuan memanfaatkan setiap jaringan gol di kubu lawan disamping memastikan barisan pertahanan tetap kekal teguh dan tidak dibolosi dengan mudah.

“Kita pernah kecewa selepas tewas seawal saingan pertama pada musim lalu mungkin disebabkan kita ambil mudah dan terkesan dengan gol hasil serangan balas yang pantas.

“Namun dan saya berharap barisan kejurulatihan dapat membuat apa yang diperlukan dalam aspek persiapan minda dan juga taktikal pemain bagi memastikan kita dapat layak ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala FA musim ini.

“Saya juga berharap kita tidak membiarkan barisan pemain muda yang laju dari pasukan lawan (BTFC) ini mengambil kesempatan ke atas kita jika kita leka pada perlawanan penting ini.

“Elak buka ruang kepada mereka yang laju untuk ambil kesempatan ke atas kita kerana dalam bola sepak apa saja boleh berlaku,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Daud Bakar juga turut menganggap aksi tersebut sebagai misi hidup dan mati buat Kedah demi membuktikan segalanya buat para penyokong kesayangan Sang Kenari.

“Saya juga berharap kehadiran saya untuk menyaksikan pasukan berlatih ini memberikan satu mesej secara tidak langsung bahawa perlawanan pertama Piala FA ini cukup penting untuk saya sebagai pemilik pasukan, jurulatih, pemain dan juga semua penyokong untuk kembali bangkit dengan kemenangan.

“Ini misi hidup mati kita dan kita tiada pilihan melainkan bermain pada tahap sebaik mungkin dan buktikan kemampuan kita kepada penyokong yang pastinya akan membanjiri Stadium Darul Aman nanti,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN