Pemilik Kedah Jelaskan Maksud Reaksi Spontan Amirbek Saksikan Gol ‘Drive-Shoot’ Akmal Zahir

Amirbek Juraboev reaksi spontan gol Akmal

Reaksi pemain tengah Kedah Darul Aman, Amirbek Juraboev saat melihat jaringan jarak jauh Akmal Zahir dijelaskan oleh pemilik pasukan, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dalam satu posting dimuat naik di akaun Facebooknya.

Jaringan Akmal itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial termasuklah daripada pemilik pasukan mereka sendiri yang menyaksikannya di rumah.

Saya yang menonton perlawanan ini di rumah setelah sampai dari KLIA pun terkejut besar. Betul ke ada jaringan?” titip beliau saat membuka ceritanya.

Yang paling menarik perhatian saya adalah reaksi Amer Baek. Beliau meletakkan kedua-dua tangannya di belakang kepalanya tanda hairan dan terkejut sebaik saja bola melencung masuk di penjuru gol,” titipnya tentang reaksi spontan Amirbek yang jelas dapat dilihat selepas jaringan tersebut.

Amirbek merupakan seorang pemain tengah bertahan bersama skuad Sang Kenari, namun adakalanya akan diarahkan untuk sesekali mengasak lawan.

Kemampuannya memainkan peranan pemain tengah ‘box-to-box’ telah membantunya tatkala perlu naik ke atas membantu jentera serangan.

Pemain berusia 26 tahun itu merupakan pemain utama skuad kebangsaan Tajikistan dan tentunya sudah menyaksikan puluhan gol menarik. Tetapi gol Akmal itu telah mengejutkannya yang melihat dari sisi bek tengah itu.

Reaksinya meletakkan kedua-dua tangannya di kepala menceritakannya segalanya. Beliau tentunya gembira, teruja tetapi lebih kepada terkejut.

Ini dijelaskan oleh Dr Daud yang memang sudah biasa dengan ‘gesture’ sebegitu tatkala banyak berurusan dengan orang dari Asia Tengah.

Beliau mungkin tidak menjangka bola sepakan laju Akmal akan masuk gol apatah lagi dengan penuh bergaya,” tambah Dr Daud lanjut mengenainya.

Bila mana semua pemain meraikan jaringan gol hebat ini bersama pasukan kejurulatihan di sebelah padang, sekali lagi Amer Baek menangkat kedua-dua tangannya atas kepala. Beliau masih terkejut,” ulasnya tentang reaksi itu.

Bukan hanya Amirbek, rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan yang terkejut, malah Akmal juga menzahirkan rasa terkejutnya ketika itu.

Malah, ia merupakan gol pertamanya di pentas Liga Super sepanjang penglibatannya di saingan tempatan pada 2016 bersama Sime Darby.

Sebagai seorang yang ramai kawan di Asia Tengah, saya amat faham erti dan makna meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala selepas berlaku sesuatu insiden yang jarang berlaku,jelas Dr Daud tentang reaksi Amirbek.

Ia lebih kepada bagaimana Amirbek meluahkan rasa teruja, gembira dan terkejutnya dengan gol yang mungkin tidak pernah dilihatnya di depan mata – gol yang tidak disangka-sangka akan dicipta bek tengah, Akmal Zahir.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN