Pemilik FB Tuduh Kedah Rasuah Diminta Tampil Ke Balai Polis Dalam 14 Hari

Penasihat Perundangan kepada Nidzam Adzha, Datuk Iszam Kamal Ismail meminta pemilik facebook bernama Muhammad Ridzwan untuk tampil ke mana-mana balai polis berdekatan untuk memberikan keterangan.

Ini selepas pemilik akaun facebook tersebut menuduh Nidzam Adzha dan 6 pemain Kedah telah menjual perlawanan ketika perlawanan akhir Piala Malaysia Kedah menentang JDT pada 4 November 2017.

Dakwaan Muhammad Ridzwan itu menjadi tular di media sosial dan ramai juga yang mempercayainya. Ia mendapat perhatian serius daripada Presiden KFA yang minta orang yang menuduh tampil melaporkan kepada SPRM jika ada bukti.

Tidak selesa dengan dakwaan itu, Nidzam Adzha telah membuat laporan polis dan meminta nasihat daripada peguam untuk tindakan perundangan. Ini kerana tuduhan tersebut agak berat.

Ia juga mencalarkan imej Nidzam Adzha dan pemain-pemain Kedah. Datuk Iszam Kamal mengingatkan Muhammad Ridzwan bahawa dia hanya ada 14 hari daripada tarikh 18 November untuk memberikan keterangan itu.

Muhammad Ridzwan perlu mengemukakan bukti yang sahih untuk menyokong tuduhannya. Jika tiada bukti, Muhammad Ridzwan perlu meminta maaf dan membersihkan nama Nidzam Adzha dan 6 lagi pemain Kedah.

Jika gagal berbuat demikian dalam masa ditetapkan, pihak Nidzam Adzha akan mengambil tindakan saman ke atas pemilik akaun facebook tersebut.

Nidzam Adzha berkata, tuduhan Muhammad Ridzwan itu telah memberikan kesan kepada kerjayanya dan keluarga beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN