Pemilihan Dato Hamidin Sebagai Exco AFC Merupakan Satu Penghormatan Kepada Malaysia

Semalam Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada Kongres AFC ke-29 di Kuala Lumpur.

Beliau adalah antara tiga ahli dari zon Asean yang dipilih selain Chris Nikou dari Persekutuan Bolasepak Australia (FFA) dan Dr Tran Quoc Tuan dari Persekutuan Bolasepak Vietnam (VFF) untuk mengisi tiga slot zon berkenaan. Mereka menang tanpa bertanding selepas calon dari Singapura, Winston Lee, menarik diri pada saat akhir.

Hamidin menyifatkan pemilihan beliau merupakan satu penghormatan kepada Malaysia sambil dapat mengukuhkan hubungan erat dalam kalangan badan induk bola sepak di Asia.

“Ini penghormatan buat FAM dan Malaysia amnya. Saya berharap untuk bukan sahaja mewakili suara Malaysia dan Asean di AFC tetapi turut membina hubungan lebih erat dengan rakan-rakan persatuan yang juga ahli gabungan AFC dalam misi menaikkan lagi standard bola sepak kita,” katanya dalam satu kenyataan.

FOTO: FAM

Pemilihan Dato’ Haji Hamidin memastikan tradisi pemimpin FAM dalam AFC menerusi pelbagai kapasiti berterusan sejak Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terpilih selaku Presiden AFC di Tokyo tanggal 29 Mei, 1958.

Ahli exco lain yang terpilih untuk penggal 2019-2023 ialah Abed-Alkhaliq Masoud Ahmed (Iraq); Hachem Haider (Lebanon); Sheikh Salem Said Salem Al Wahaibi (Oman); Dr Hamid Mohammed Ali Al-Shaibani (Yemen) dari Zon Barat, Sayed Ali Reza Aghazada (Afghanistan – Zon Tengah), Dasho Ugen Tsechup Dorji (Bhutan – zon Selatan) dan Eric Fok Kai Shan Eric (Hong Kong – Zon Timur).

“Yang penting saya berikan hasil kerja yang terbaik tetapi dengan niat pelantikan ini boleh memberikan keuntungan kepada bola sepak Malaysia.” jelas Hamidin.

Dalam Kongres AFC ini, Presidennya, Shaikh Salman bin Ebrahim Al Khalifa dari Bahrain mengekalkan jawatan presidennya tanpa bertanding selepas penarikan diri Mohamed Khalfan Matar Saeed Al Romaithi (UAE) dan Saoud A. Aziz M A Al-Mohannadi (Qatar).

Hadir ke Kongres AFC ialah Presiden FIFA Gianni Infantino dan Setiausaha Agung FIFA, Fatma Samoura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN