Pemergian Neymar Ke PSG Beri Kesan Positif Buat Barcelona – Josep Maria Bartomeu

Josep Maria Bartomeu

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu menjelaskan bahawa mengapa penghijrahan Neymar ke Paris Saint-Germain (PSG) dari pasukan gergasi Sepanyol itu dapat mewujudkan satu perkara yang positif buat kelab tersebut.

Perpindahan tersebut memberikan peluang buat Barcelona untuk kembali mengamalkan tradisi kelab,” kata Bartomeu.

Bola sepak dunia sebelum ini digemparkan dengan berita perpindahan termahal Neymar disebabkan kesanggupan PSG untuk membayar klausa perpindahan yang bernilai  € 220 juta sekaligus memecahkan rekod perpindahan sebelum ini .

Berikutan dengan itu, Barcelona turut memecahkan rekod perpindahan kelab dengan membawa masuk Ousmane Dembele sebagai pengganti pemain kelahiran Brazil itu.

Barcelona membayar sebanyak € 105 juta pada peringkat awal kepada Borussia Dortmund dan dilaporkan nilai tersebut boleh meningkat sehingga € 150 juta.

Usaha untuk meningkatkan pasukan dengan usaha membawa masuk Phillipe Coutinho, Jean Micheal Seri dan Angel Di Maria menunjukkan jalan buntu apabila ketiga-tiga pemain tersebut gagal dibawa ke Nou Camp pada jendela perpindahan lalu.

Namun Josep Maria Bartomeu percaya kelabnya boleh menumpukan pada pembangunan akar umbi dan fokus dalam meningkatkan pemain akademi kelab tersebut setelah gandingan ‘MSN’ yang merujuk kepada Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar yang hanya tinggal sejarah.

“Adalah bagus untuk mempunyai bakat di kelab ini,” beliau mengakuinya kepada Sport. “Tetapi anda tidak boleh terlalu memikirkan perkara buruk akan berlaku.

“Kami datang dari projek Luis Enrique dan kini mempunyai Ernesto Valverde, yang mana kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepadanya, dia ‘boss’ yang percaya pada model Barca dan pemain dari La Masia (merujuk kepada Akademi Barcelona).

“Ini satu peluang untuk mengakhiri kekuatan senjata tersebut (gandingan MSN), walaupun terbukti baik tetapi ia mempunyai kesan. Ini peluang untuk bermain kembali kepada bola sepak secara kolektif di bahagian tengah, yang secara tradisinya adalah memang merupakan kekuatan Barca.”

“Ini adalah peluang, dengan pengurus baru, projek baru, kita tidak boleh terlalu memikirkan perkara buruk akan berlaku buat Barcelona.”

”Ramai orang berfikir dengan keluarnya Neymar akan melemahkan pasukan, sebaliknya kita harus memanfaatkan kesempatan ini untuk menguatkan lagi pasukan.”

Josep Maria Bartomeu bagaimanapun kecewa bahawa ketika keputusan Neymar untuk meninggalkan Barca, mereka dipaksa membayar sejumlah besar wang untuk menandatangani Dembele.

Sumber :

Goal (2017) http://www.goal.com/en-my/news/neymar-sale-lets-barcelona-return-tradition-josep-maria/1qaik8ueo3a7n1kbqss70clknk

Kredit foto : The Sun

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN