Pemenang ‘Fairplay Award’ Ini Ajar Kita Erti Sebenar Nyawa Lebih Berharga Daripada Bola Sepak

“Jika sepak bola lebih mahal dari pada nyawa, maka kami lebih memilih hidup tanpa sepak bola.”

Itulah kata-kata yang kita banyak dengar sejak beberapa hari ini.

Ini selepas penyokong Persija maut diserang oleh samseng bola sepak. Kata-kata itu sebenarnya daripada pemain-pemain Persib Bandung pada 2014 yang memegang satu kertas dengan mesej tersebut.

Ianya satu penghormatan kepada korban keganasan penyokong pada 22 Mei 2016 lalu iaitu mendiang Stanislaus Gandhang Deswara yang ketika itu berusia 16 tahun.

Sememangnya mesej itu sangat berat untuk kita semua fahami. Dan para pemain bola sepak sendiri tidak mahu ada penyokong yang terkorban nyawa kerana bola sepak.

Pemain BB Erzurumspor, Lennart Thy membuktikan yang perkara itu bukan sekadar retorik. Tindakan itu akan sentiasa lebih kuat bunyinya berbanding kata-kata.

Mungkin situasinya agak berbeza. Tetapi tujuannya tetap sama iaitu bagaimana seorang pengamal bola sepak mengutamakan nyawa berbanding dengan sebiji bola yang menjadi pekerjaan dan perkara yang dia minat dalam hidup.

Lennart Thy bukanlah nama yang anda kenal seperti mana bintang EPL apatah lagi setaraf Messi atau Ronaldo.

Tak apa, kami akan pandu anda berkenalan serba sedikit dengan pemain ini, dan apa yang beliau lakukan sehingga dianugerahkan Anugerah Fairplay ini.

Beliau yang ketika itu bermain untuk VVV-Venlo meminta perlepasan daripada kelabnya untuk tidak terlibat dalam bola sepak, gara-gara mahu mendermakan sel stem beliau kepada seorang pesakit yang memerlukan.

Lennart telah terlepas perlawanan Eredivisie menentang PSV demi menyelamatkan nyawa manusia lain. Kelab beliau berhak untuk memotong gaji beliau kerana tidak terlibat dalam tugasan bola sepak.

Namun VVV-Venlo memberikan sokongan kepada usaha beliau ini. Begitu juga dengan keluarganya.

PSV turut memberikan penghargaan kepada Lennart Thy. Mereka telah mengumumkan pemain itu sebagai pemain terbaik perlawanan pada awal babak, walaupun pemain itu tidak bermain ketika itu.

Pasukannya turut tewas 3-0. Namun seluruh stadium memberikan tepukan gemuruh ketika namanya diumumkan sebagai Man Of The Match.

Beliau mengambil keputusan mendermakan sel darahnya selepas DNA beliau didapati sepadan dengan pesakit leukaemia yang memerlukan sel stem itu dengan segera.

Berita itu kemudian sampai ke pihak media dan melaporkannya. Membaca apa yang dilakukan pemain ini, penyokong bola sepak seluruh dunia telah menzahirkan sokongan kepada beliau.

Hal ini telah membuatkan publisiti kepada berita ini meluas. Ia telah memberikan impak positif. Ini kerana ia meningkatkan kesedaran ramai orang akan perkara ini.

Sikapnya yang tak mementingkan diri sendiri telah menjadi ikutan ramai. Laporan media di Belanda menyatakan, beberapa hari selepeas Lennart Thy mendermakan sel beliau, hospital di Belanda menerima lebih ramai penderma sel.

Pada malam Gala FIFA BEST 2018 di London, Thy menyatakan dia berbesar hati dan berbangga kerana apa yang beliau lakukan telah memberikan kesan positif kepada masyarakat.

Beliau telah membantu untuk memberikan kesedaran kepada pendermaan sel. Beliau berkata:

“Ianya satu penghargaan yang sangat besar kepada saya untuk berdiri di sini dan menerima anugerah ini.”

“Apabila saya mendapat peluang membantu seorang yang menderita barah (leukemia), saya tidak perlu memikirkan apa-apa lagi selain membantunya.”

“Perkara yang indah tentang cerita ini adalah, apabila ribuan penderma baharu berdafter di Belanda. Ianya membuatkan saya sangat bangga.”

Itulah kisah seorang pemain bola sepak yang membuktikan ada perkara lain lebih berharga daripada bola sepak.

Keprihatinan dan komitmen Thy yang tidak berlengah membantu pesakit itu adalah perkara yang sangat besar nilainya. Semoga kita semua beroleh tauladan daripada apa yang telah dilakukan Lennart Thy.

Hero!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN