Pemegang Tiket Final Piala Malaysia 2017 Dilindungi Insurans!

Sebentar tadi, dalam siaran oleh FMLLP, organisasi tersebut membuat pengumuman yang menggembirakan. Ini apabila kesemua pemegang tiket final Piala Malaysia 2017 adalah dilindungi insurans.

Pemegang tiket yang sah akan dilindungi Group Personal Accident (GPA) bermula 12 jam sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia mula, sepanjang di dalam stadium dan 12 jam selepas perlawanan akhir Piala Malaysia tamat.

Manfaat yang ditawarkan adalah :

i. Pampasan kematian akibat kemalangan=RM 5,000.00
ii. Pampasan cacat kekal akibat kemalangan=RM 5,000.00
iii. Kos Perubatan akibat kemalangan=hanya kos perubatan di bawah RM500.00 sahaja akan ditanggung (RM25.00 akan ditanggung oleh pemegang tiket)
iv. Khairat Kematian akibat kemalangan=RM1,000.00

Perlindungan insurans ini merangkumi nyawa, kemalangan, dan kecacatan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perlawanan final Piala Malaysia.

Jika berlaku kematian ataupun kemalangan, hendaklah kes tersebut dilaporkan segera. Untuk yang meninggal dunia, waris haruslah tahu akan hal ini. Jadi nasihat kami, pastikan anda memberitahu akan hal ini kepada keluarga anda.

Anda boleh luangkan masa anda untuk membaca prosedur yang berkaitan secara lengkap dalam status di bawah ini:

Rata-rata netizen memuji usaha yang dilakukan oleh FMLLP kali ini. Diharap anda berkongsi maklumat ini dengan rakan-rakan dan keluarga anda.

Perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kedah dan JDT akan berlangsung pada 4 November ini di Stadium Shah Alam.

Kedua-dua pasukan adalah berpangkalang masing-masing dari utara dan selatan. Rancang perjalanan anda sebaik mungkin dan berhati-hati di jalan raya.

Kami juga berharap semua penyokong mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN