Pemegang Taruh Sokong Pemilihan Datuk Haji Hamidin Selaku Presiden MFL

Presiden MFL

Pemegang taruh Malaysian Football League (MFL) menyatakan sokongan penuh terhadap pemilihan Datuk Haji Hamidin Bin Haji Mohd Amin selaku presiden baharu MFL selepas dipilih sebulat suara menerusi menerusi undian Ahli Lembaga Pengarah dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga 2019.

Menurut Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Tajul Hasnan Omar percaya perubahan besar kepada pucuk pimpinan MFL akan meleraikan sebarang persepsi berhubung konflik kepentingan yang membelenggu badan pentadbir Liga Malaysia itu.

Malah selain itu, Tajul dan semua pemegang taruh yakin dengan keupayaan Datuk Haji Hamidin untuk meneruskan legasi Tunku Ismail yang sudah melakukan banyak perubahan positif kepada lanskap Liga Malaysia.

“Hari ini kita menyaksikan pindaan perlembagaan di mana jawatan Pengerusi MFL ditukar kepada Presiden MFL dalam Mesyuarat Rakan Kongsi Liga.

“Ini bukanlah satu perkara baharu dalam bola sepak dunia di mana pendekatan ini telah diguna pakai di pentas Eropah antara contohnya LaLiga,” ujarnya.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP), Mohd Azizudin Mohd Shariff pula yakin pemilihan Datuk Haji Hamidin adalah satu langkah tepat untuk mengelakkan isu konflik kepentingan.

“Kini, pertukaran jawatan kepada Presiden MFL itu menyaksikan individu terbabit bukan sahaja memiliki hubungan terus dengan pasukan bertanding sebaliknya wakil pasukan sendiri tidak boleh dipilih sebagai Presiden MFL bagi mengelakkan isu konflik kepentingan,” katanya.

Manakala Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Nokman Mustaffa menegaskan pemilihan Datuk Haji Hamidin telah mendapat sokongan daripada semua pemegang taruh.

“Jadi pemilihan Datuk Haji Hamidin sebagai Presiden MFL telah mendapat sokongan dan pencalonan rakan kongsi Liga Malaysia sendiri di mana pemegang taruh cukup yakin beliau mampu meneruskan tugas cemerlang Tunku Ismail dalam usaha mengangkat nilai liga tempatan kita,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Andrew W Majanggim mengakui Datuk Haji Hamidin adalah individu paling layak untuk menjadi Presiden MFL.

“Keupayaan dan kredibiliti Datuk Haji Hamidin tidak perlu dipersoalkan di mana semua ahli pemegang taruh sangat yakin beliau mampu melaksanakan tugas itu dengan baik,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN