Pemecatan Ranieri, Perginya Pengurus Terbaik Sepanjang Zaman Leicester!

Berita pemecatan Ranieri antara perkara yang mengejutkan ramai pihak. Mana tidaknya, Leicester City telah mengkhianati Ranieri. Ranieri dipecat selepas 298 hari yang lalu berjaya melakukan ini:

Ianya dianggap salah satu cerita terhebat dalam sejarah sukan dunia. Tidak ada siapa menjangka pasukan ini akan menjuarai EPL.

Pada 2 minggu yang lalu, pemilik kelab menyatakan mereka memberikan sokongan kuat walau apa jua keputusan di dalam padang.

Kenyataan ini kemudian telah dipadam daripada laman rasmi kelab. Ini adalah kenyataan tersebut.

Mereka memecat Ranieri demi memastikan perancangan masa depan kelab berjalan dengan lancar.

Jika ia melibatkan kelab seperti Chelsea, Manchester City, Arsenal ataupun Manchester United, ia mungkin diterima akal. Ini melibatkan Leicester City.

Seluruh dunia tak pernah terfikir pencapaian bersejarah Leicester City musim lalu. Di bawah Ranieri mereka berjaya menjuarai EPL dengan pemain yang bukan bintang.

Ranieri membawa Leicester ke UCL buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka. Ia memberikan kelab boost yang besar dari segi kewangan dan publisiti.

Ranieri dianugerahkan sebagai jurulatih terbaik FIFA pada majlis gala yang berlangsung awal tahun ini.

Mereka belum lagi tersingkir daripada EPL sekalipun dengan perjalanan liga masih lagi panjang.

Dalam UCL mereka hanya ketinggalan 1 gol daripada perlawanan pertama. Leicester turut berjaya membawa balik 1 jaringan di tempat lawan.

Kalau iya pun mahu memecat Ranieri, lakukanlah ia pada akhir musim ini. Beliau berhak menikmati musim ini kerana apa yang beliau lakukan musim lalu.

Namun kami tetap merasakan beliau berhak untuk kekal lebih lama di Leicester walaupun gagal musim ini.

Tanpa Ranieri sebelum ini pasukan ini juga pasukan yang konsisten bersaing dengan zon penyingkiran. Musim ini walaupun mereka bersaing di zon penyingkiran mereka tetap beraksi di kejohanan elit.

Berikut adalah 4 sebab utama prestasi kurang meyakinkan Leicester musim ini.

1. Kehilangan N’golo Kante dan kegagalan pemain-pemain utama

Apa yang berlaku musim ini adalah, mereka kehilangan pemain utama seperti N’golo Kante. Kante boleh dikatakan asas kepada sistem Ranieri musim lalu.

Kehilangan Kante mungkin memberikan impak tetapi ia sepatutnya tidak terlalu teruk sekiranya pemain-pemain utama yang lain beraksi dengan baik.

Namun ia diburukkan lagi apabila pemain seperti Riyad Mahrez dan Jamie Vardy gagal mendapat aksi terbaik seperti musim lalu.

Gandingan Morgan dan Huth pula tidak sehebat musim lalu. Kebanyakan faktor adalah pemain yang kurang menyerlah.

Selain itu, musim lalu pemain-pemain seperti Albrighton, Fuch dan Danny Simpson sangat luar biasa.

2. Pembelian yang gagal memberikan impak

Boleh dikatakan musim ini Ranieri telah melakukan banyak transaksi yang lemah. Beliau membuat beberapa pembelian untuk menambahkan ketebalan skuad.

Namun tidak ada seorang pun pemain baru di Kingpower Stadium berjaya menunjukkan aksi menyerlah setiap minggu.

Pemain seperti Slimani tidak mampu menjadi penyerang 20 gol semusim setakat ini di Leicester City. Ahmed Musa hanya gah ketika pra-musim terutama sekali ketika menentang Barcelona.

3. Keutamaan kepada UCL

Aksi hambar mereka di liga adalah kerana keutamaan mereka jelas kepada UCL. Mereka bukanlah pesaing EPL tetapi tidak seharusnya mereka berada di kelompok bawah liga.

Mereka memulakan kempen UCL dengan baik pada peringkat kumpulan. Namun reality check adalah ketika dibelasah 5-0 oleh Porto pada Disember tahun lalu.

Mereka masih mampu untuk melepasi peringkat kumpulan dalam edisi kali ini mengiringi Manchester City dan Arsenal dari England.

4. Pemain

Ini adalah faktor yang paling utama. Komitmen para pemain tidak seperti musim lalu. Pemain gagal untuk mengendalikan tekanan pada musim ini dengan status juara.

Mereka adalah kelompok yang harus lebih bertanggungjawab berbanding dengan Ranieri. Ini termasuk pemain-pemain baru yang dibeli.

Dari segi gerak tubuh pemain kita dapat melihat mereka kadangkala dah tak kuasa untuk melakukan kebangkitan seperti musim lalu ketika ketinggalan di dalam perlawanan.

Pandangan pemerhati bola sepak

Gary Lineker dalam program Match Of The Day menyifatkan tindakan Leicester sebagai tidak boleh dimaafkan. Ia tidak mengenang budi.

Leicester tidak sedar diri! Mereka menjuarai EPL mengejut musim lalu kerana Ranieri. Ranieri datang ke Leicester walaupun banyak lagi tawaran dari kelab yang lebih besar.

Harry Redknapp pula berkata, dia tidak terkejut kerana keputusan yang diperoleh oleh Leicester musim ini agak teruk. Namun beliau kecewa kerana ia adalah Ranieri.

Jurulatih yang telah memberikan kisah dongeng kepada kelab tersebut. Redknapp berkata:

“Sekarang ini, asal pasukan menurun prestasi. Pemilik akan terus panik dan melakukan perubahan terus. Tapi yang pasti Ranieri keluar dengan rasa bangga setelah apa yang dia lakukan.”

Ian Wright dalam tweet beliau berkata:

“Berita tidak baik. Apa agaknya perasaan para pemain sekarang. ‘Adakah aku harus melakukan yang lebih baik daripada sekarang?’. Tapi sekurang-kurangnya Ranieri meninggalkan mereka sebagai juara.”

Selamat tinggal Tinker Man

Ia adalah keputusan yang mendapat kecaman dari ramai pihak. Ada yang bertanya kembali kepada pemilik kelab:

“Siapakah pengurus terbaik dalam sejarah kelab anda?”

“Adakah anda mengharapkan pasukan ini akan menjuarai UCL musim ini dan kemudian menjuarai EPL musim hadapan?”

Anda boleh la baca komen-komen yang rata-rata mengecam pemilik kelab Leicester City di sini.

Tugasan Ranieri akan disambung oleh Craig Shakespeare yang akan menjadi interim buat masa ini. Yang pastinya, Ranieri telah meninggalkan satu sejarah yang The Foxes tidak pernah impikan sebelum ini.

Beliau berhak dibina statue di hadapan stadium bukannya dipecat di pertengahan musim di kala Leicester City masih bersaing di UCL dan masih ada peluang untuk kekal di EPL.

Pergi dengan bangga Ranieri!

Baca juga: Ranieri: Melihat Alien Turun Ke London Lagi Mudah Daripada Melihat Leicester Mempertahankan Kejuaraan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN