Pemecatan Leonardo Jardim, Isu Konflik Cita-Cita & Kurang Autoriti Dalam Bursa Perpindahan

Pemecatan Leonardo Jardim beberapa hari lalu kerana gagal memberikan keputusan memberangsangkan pada awal musim ini.

Pemecatan Leonardo Jardim Adakah ianya adil untuk beliau?

Mana-mana kelab akan mengambil tindakan yang sama dengan kualiti pemain yang ada tetapi gagal menang sebarang perlawanan dalam 10 perlawanan terakhir setakat ini.

Namun persoalannya kini, dalam situasi pemecatan Leonardo Jardim adakah adik beliau dipecat dipecat kerana prestasi buruk.

Ada beberapa perkara yang harus diambil kira.

1. AS Monaco kelab penjual

Feeder club adalah diertikan kelab penjual, jangan anda campurkan dengan kefahaman kelab pembangunan. AS Monaco mendapati mereka mendapat tawaran terlalu besar untuk para pemain mereka.

Apabila hal ini berlaku mereka mengambil kesempatan dengan menjual para pemain mereka.

Tetapi isu dia sekarang ini, mereka terlalu tamak menjual pemain dan menerima hampir kesemua tawaran yang besar ke atas pemain mereka.

Mana pelan jangka panjang kelab mereka? Dengan penjualan €180 juta ianya sudah cukup besar untuk mereka.

Dan mungkin mereka patut memikirkan soal melaburkan wang yang ada untuk mengikat pemain utama mereka dengan kontrak lebih besar.

Ini juga antara sebab kenapa ramai pemain mereka lebih tertarik dengan tawaran kelab luar. Biasanya, kelab yang tak mahu menjual pemain akan merombak semula kontrak pemain dan cuba berunding.

Dalam kes AS Monaco, anda akan pergi jika harga ditawarkan tinggi.

2. Hilang ramai pemain utama dan gagal menggantikannya

Mereka hilang ramai pemain utama terlalu ramai tetapi gagal menggantikan mereka dengan kualiti yang sama ataupun hampir sama.

Dan kesemu pemain itu dijual oleh pengurusan tertinggi kelab. Jardim dikatakan ada kuasa sangat terhad.

Kylian Mbappe, Thomas Lemar, Bernardo Silva, Bakayoko, Fabinho, Benjamin Mendy, João Moutinho, Valère Germain. Tak lupa juga dengan nama seperti Kurzawa dan juga Martial.

Dalam 4 musim terakhir mereka dilaporkan mengaut €750 juta hasil daripada penjualan pemain.

3. Isu konflik cita-cita dengan pemilik

Pemilik mereka memiliki cita-cita tak realistik. Menjual pemain utama dan kemudian menggantikannya dengan pemain muda yang rata-rata awal 20-an.

Mungkin mereka ingat ianya seperti bermain Football Manager di mana prospek muda masih boleh memberikan keputusan yang baik.

Di dunia nyata ianya kompleks. Pemain perlu dibentuk untuk cepat matang dan adaptasi dengan taktikal pasukan serta persekitaran liga.

Jadi, mereka melantik pengurus yang tipikal mencari kejuaraan tetapi mereka meletakkan diri mereka lebih kepada kelab penjual.

Tak salah untuk menjual tetapi kalau dilihat rekod penjualan AS Monaco terlalu melampau.

4. Rekod Jardim

Dalam membincangkan pemecatan Leonardo Jardim, haruslah kita melihat pencapaian dan rekod beliau di AS Monaco.

Jardim menyertai Monaco pada 2014 menggantikan Claudio Ranieri. Beliau berjaya membawa Monaco memecahkan kekuasaan PSG dengan menjuarai Ligue 1 pada 2016/17 dan mara ke separuh akhhir UCL.

Pemilik Monaco, Dmitry Rybolovlev memang terkenal dengan suka terlibat dalam bursa perpindahan. Beliaulah yang mahukan James Rodriguez dan Radamel Falcao pada satu ketika dahulu.

Anda boleh ingat kembali apa yang jadi ketika Abramovich terlalu masuk campur dalam bursa perpindahan dengan membawa masuk pemain yang beliau suka iaitu Shevchenko dan Fernando Torres.

Falcao awalnya bergelut dengan prestasi di Monaco dan menyertai beberapa pasukan secara pinjaman. Alasan mereka ketika itu mahu mengurangkan perbelanjaan kelab yang berhadapan dengan kerugian.

Beliau mendapat semula sentuhan di bawah Jardim.

Manakala James Rodriguez dibeli dan kemudian dijual segera apabila ada tawaran daripada Real Madrid yang dilaporkan bernilai €80 juta.

Musim pertama Jardim mengendalikan Monaco beliau membangunkan pemain yang ada.

Mereka menamatkan saingan di tangga ke-3 walaupun dengan jumlah jaringan yang sedikit daripada pasukan tangga ke-13, Caen. Mereka mara ke UCL mengatasi Marseille dan juga St. Etiene.

Dalam debut UCL Jardim bersama Monaco mereka menewaskan Arsenal di pusingan 16 akhir. Mereka tewas di suku akhir di tangan Juventus dengan perbezaan 1 gol.

Jardim kemudian meningkatkan lagi keupayaan individu di dalam pasukan. Pemain seperti Bernardo Silva, Yannick Carrasco dan Anthony Martial berjaya meningkatkan prestasi mereka. Trio tersebut sangat digeruni.

5. Jual, jual dan terus jual pemain utama

Seperti biasa, pada pra musim, pemain utama mereka dijual termasuk Martial, Carrasco, Geoffrey Kondogbia dan Layvin Kurzawa pada pra musim 2015/16.

Jardim kemudian membangunkan bakat muda mereka seperti Thomas Lemar, Almamy Touré, Tiemoué Bakayoko dan Kylian Mbappé.

Juventus’ Argentinian forward Gonzalo Higuain (R) and Monaco’s midfielder Tiemoue Bakayoko (L) vie for the ball during the UEFA Champions League semi-final first leg football match Monaco vs Juventus at the Stade Louis II stadium in Monaco on May 3, 2017. / AFP PHOTO / BORIS HORVAT (Photo credit should read BORIS HORVAT/AFP/Getty Images)

Mereka diberikan kepercayaan dan motivasi daripada Jardim membuatkan pemain-pemain itu sangat cepat matang.

Pada 2016/17 AS Monaco mengejutkan dunia dengan kejuaraan Ligue 1 dan mara sehingga separuh akhir UCL.

https://twitter.com/SidelineScouted/status/1050346707878318081

Mereka mendapatkan pemain seperti Kamil Glik, Benjamin Mendy dan Djibril Sidibé pada musim tersebut untuk menggantikan beberapa pemain senior.

Jardim berjaya memujuk Lemar, Fabinho dan Bernardo Silva untuk kekal. Itulah resipi kejayaan mereka. Namun agak mengecewakan beberapa pemain sudah di dalam senarai untuk dijual jika kena pada harganya.

Mendy menjadi perhatian Manchester City dan dijual ke sana pada musim baru. Bernardo Silva turut ke Man. City. Thomas Lemar gagal memeterai perjanjian saat akhir dengan Liverpool dan hal itu diakui beliau sendiri.

Mereka menjual Kylian Mbappe ke PSG. Dan PSG mendedahkan memang ada pra perjanjian untuk mendapatkan pemain itu sebelum musim berakhir. Ini untuk menghalang Monaco menjual Mbappe ke kelab lain.

Monaco sanggup menunggu setahun untuk menerima bayaran Mbappe kerana PSG tak boleh membayar Mbappe pada satu jendela perpindahan yang sama dengan Neymar.

6. Kegagalan pembelian

Mereka mendapatkan pemain kurang pengalaman menggantikan ‘marquee player’ seperti Keita Baldé, Terence Kongolo dan Youri Tielemans. Kongolo dan Balde kini sudah dijual.

Tielmans antara pemain yang paling banyak minit musim ini tetapi masih gagal memberikan aksi terbaik.

Walaupun musim lalu mereka gagal menggantikan kehilangan besar pemain utama mereka, Jardim tetap membawa Monaco menamatkan musim di tangga ke-2 di belakang PSG.

Musim ini mereka berhadapan dengan isu kecederaan dan ditambah masalah adaptasi oleh ramai pemain baharu. Pemain seperti Glik, Falcao dan Sidibé kelihatan tidak beraksi di paras terbaik.

Rumusan

Pemecatan Leonardo Jardim adalah agak kejam. Ini kerana kegagalan dan kerosakan AS Monaco hari ini lebih kepada hierarki pengurusan tertinggi yang hanya tahu menjual tetapi tiada cita-cita lebih besar untuk membentuk pasukan yang stabil.

Jardim membuktikan dia pengurus yang baik dengan rekod pada 3 musim pertama beliau walaupun kerapkali diganggu oleh pemilik kelab agar menjual pemain utama.

Awal musim ini mereka sudah kehilangan Fabinho dan juga Thomas Lemar.

Leoanardo Jardim dipecat kerana dia gagal memberikan kemenanangan dengan pasukan yang serba serbi bermasalah dan hilang kekuatan di semua bahagian.

Sebelum ini Jardim dikaitkan dengan banyak kelab termasuk Arsenal, Real Madrid dan juga Bayern Munich.

Rumusan

Pada pandangan kami, pemecatan Leonardo Jardim adalah tidak adil untuk beliau.

Ini kerana pihak pengurusan tertinggi yang menentukan penjualan pemain dan kemudian kedekut memberikan dana lebih besar dalam menandatangani pemain pengganti.

AS Monaco lebih kepada kelab penjual dan Jardim sebenarnya telah membantu mereka membantu mereka meningkatkan harga pemain sehingga ratusan juta Euros.

Beliau adalah mangsa kepada kelemahan sistem dan sikap pemilik kelab yang terlalu tamak.

Pemecatan Leonardo Jardim juga menyaksikan AS Monaco kehilangan pengurus yang sangat dedikasi dengan tugasannya. Rajin membangunkan dan memberikan kepercayaan kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka seawal mungkin.

Beliau adalah pengurus yang boleh membangunkan pemain muda dan mampu memberikan kejuaran.

AS Monaco juara Ligue 1 adalah kerana kepintaran dan dedikasi beliau dalam pengurusan.

Dan akhir sekali, itulah sebab ramai pengurus mahukan kawalan total ataupun kawalan lebih dominan ke atas urusan jual beli pemain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN