Adalah satu kebiasaan untuk seseorang itu mempelajari cara dan budaya jika beliau berada di tempat asing.
Ia adalah untuk membolehkan beliau berasa selesa dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekeliling serta diterima baik oleh masyarakat di tempat tersebut.
Belajar loghat Geordie
Bagi staf kejurulatihan Newscastle United, mereka juga tidak lari dari perlu mempelajari perkara yang mempunyai kaitan dengan kawasan Newcastle.
Salah seorangnya adalah pembantu Rafa Benitez iaitu Mikel Antia (gambar bawah).
Antia yang merupakan pembantu Benitez merupakan seorang bekas pemain bola sepak yang pernah beraksi di pelbagai kelab seperti Celta Vigo, Real Sociedad dan Elche.
Berkerja di England memaksa Antia untuk fasih bertutur di dalam bahasa Inggeris agar beliau mudah berhubung dan memberikan arahan kepada para pemain serta berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling.
Namun menguasai bahasa Inggeris belum cukup untuk Antia.
Di kawasan Tyneside menjadi lokasi terletaknya Newscastle, masyrakat di sana bertutur dalam loghat Geordie.
Oleh kerana mempelajari bahasa Inggeris itu sendiri sudah cukup sukar untuk Antia apatah lagi mempelajari loghat Geordie bukan?
Jadi Antia muncul dengan satu penyelesaian yang berkesan untuk mempelajari loghat Geordie. Caranya adalah dengan menampal perkataan bahasa Inggeris di dalam sebutan asal dan sebutan di dalam loghat Geordie pula di sebelahnya.
Senarai perkataan-perkataan itu dilakukan di dalam sehelai kertas dan ditampal di meja kerja Antia di pejabat!
Berikut antara perkataan-perkataan yang di dalam bahasa Inggeris dan sebutan dalam loghat Geordie:
- Yes (ya) – Aye
- No (tidak) – Nar/Nee
- Our (kita) – Wor
- Going (pergi) – Gan
- You (kamu) – Yee
- Down (bawah) – Doon
- Night (malam) – Neet
- Wrong (wrong) – Wrang
- Old Man (lelaki tua) -Gadgie
- Hungry (lapar) – Clamming
Mahu semua pelajari budaya
Selain daripada staf kejurulatihannya, Benitez juga mahu para pemainnya di Newcastle United untuk mempelajari budaya tempatan.
Hal ini kerana beliau mahu para pemain beliau serta staf kejurulatihan mempunyai kefahaman yang lebih mendalam mengenai budaya tempatan yang diamalkan di Tyneside.
Newcastle United kini sedang memimpin carta English Championship dengan mengumpul 37 daripada 16 perlawanan. Mereka mendahului Brighton & Hove Albion dengan 3 mata di hadapan.
Baca juga: 5 Pengurus Yang Pakar Dalam Melawan Penyingkiran & Memenangi Promosi