Pemain Warisan Malaysia Perlu Kekal Beraksi Di Luar Negara

Pemain warisan Malaysia yang memiliki peluang untuk didaftarkan buat kem kebangsaan diberi nasihat untuk terus kekal beraksi di luar negara pada masa hadapan tanpa perlu menyertai kejohanan tempatan.

Jika dilihat kembali, beberapa bintang dari luar kini dikaitkan bersama Malaysia untuk didaftarkan selaku calon pemain warisan menerusi pertalian darah dimiliki mereka.

Antara pemain yang dilaporkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya adalah Mats Deijl dari Belanda, serta bintang sensasi Amerika Syarikat iaitu Wan Kuzain menerusi kenyataan sudah dikeluarkan.

Selain itu beberapa nama lagi turut dikaitkan termasuk bintang ternama dari England iaitu Marcus Tavernier bersama Joshua Brownhill yang dianggap memiliki reputasi tinggi untuk menaikkan kualiti bola sepak Malaysia di pentas antarabangsa.

Namun, nasihat tetap dikeluarkan buat mana-mana pemain warisan kebangsaan yang terpilih menyarung jersi Malaysia supaya terus kekal beraksi di luar negara.

Pandangan ini dikeluarkan sendiri oleh pemerhati bola sepak, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang berpendapat pemain warisan dari luar negara perlu meneruskan karier tanpa beraksi di pentas tempatan.

Ini kerana, aksi di luar negara jelas lebih bersifat kompetitif serta berpeluang mendapat lebih banyak pendedahan selain hanya pulang ketika dipanggil sertai kem kebangsaan.

Pada masa sama, dirinya juga yakin kehadiran pemain warisan mampu memberi impak positif buat Harimau Malaya seperti sedang dinikmati oleh negara jiran, Indonesia.

“Saya berpendapat pemain ini perlu terus berada bersama pasukan mereka di luar negara, jangan bagi mereka beraksi di sini kerana mereka beraksi di pertandingan yang lebih baik. Jadi ini penting supaya mereka dapat terus berada pada tahap terbaik.

“Apabila ada pertandingan bertaraf tinggi, barulah kita panggil mereka balik tetapi kalau panggil mereka pun, kita kena beri masa untuk mereka sesuaikan diri sebab takut ‘jetlag’, perubahan masa ataupun perubahan cuaca.

“Saya setuju kalau kita gunakan pemain berdarah kacukan kerana ia dibenarkan tetapi saya harap mereka terus kekal bersama pasukan masing-masing yang diwakili ketika ini,” kata beliau menerusi Harian Metro.

Selain itu, beliau turut berharap supaya kebanyakan penyokong sedia untuk menerima perubahan ini dengan lebih banyak penglibatan pemain warisan bersama skuad kebangsaan.

“Perkara ini (guna pemain berdarah kacukan) sudah jadi trend dan FAM pun sudah nyatakan ini adalah perancangan jangka masa sementara sahaja sebelum program pembangunan kita dapat menghasilkan pemain yang lebih berkualiti.

“Tetapi kalau kita ada sumber luar yang boleh dimanfaatkan dan tidak menyalahi undang-undang, apa salahnya untuk kita gunakan bagi memantapkan lagi skuad kebangsaan. Walaupun kacukan tetapi mereka masih ada darah Malaysia juga,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN