Pemain Warisan Indonesia Tak Sabar Untuk Uji Kekuatan Tanzania

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pemain warisan Indonesia, Shayne Pattynama menjadi antara tonggak yang tidak sabar untuk berdepan aksi persahabatan yNg juga merupakan medan ujian Sang Garuda iaitu Tanzania.

Ketika ini, Indonesia sedang sibuk membuat persiapan rapi untuk mengharungi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 seterusnya bagi peringkat Kumpulan F menentang Iraq serta Filipina.

Tampil dengan dua kemenangan berturut-turut mengatasi Vietnam, Sang Garuda kini berada dalam momentum terbaik untuk mencari 3 mata seterusnya serta melayakkan diri ke pusingan lebih jauh.

Bawah kendalian Shin Tae-yong, pasukan tersebut berjaya mendapatkan ramai pemain warisan baharu serta sudah dibuktikan kualiti terbaik mereka di pentas antarabangsa termasuk Shayne.

Melihat pada aksi ini, Shayne menganggap ianya sangat bagus kerana Tanzania merupakan lawan cukup berkualiti sebagai medan pemanas badan sebelum menentang Iraq serta Filipina.

“Menentang Tanzania akan jadi salah satu bentuk persiapan yang sangat baik kerana mereka negara yang bagus serta diperkuatkan oleh pasukan berkualiti,” ujar beliau menerusi laporan Bola.com.

Pada masa sama, proses latihan Sang Garuda juga berjalan dengan sangat lancar, apabila kini mereka memasuki proses persefahaman antara para pemain di atas padang.

Malah, ia juga penting buat para pemain dari Eropah untuk cepat menyesuaikan diri kerana perbezaan suhu di Asia Tenggara dan benua tersebut cukup berbeza.

“Pada pandangan saya, kami akan membuat persiapan daripada pelbagai aspek. Aksi persahabatan ini bagus untuk menilai sejauh mana keadaan semasa kami kini,” ulas Shayne lagi.

Shayne juga juga menyatakan dirinya kini bersedia untuk mencuba pelbagai perkara baharu ketika aksi bertemu Tanzania kerana mereka ingin menguji beberapa taktikal baharu cuba diserapkan oleh Shin.

“Kami perlu melihat pelan taktikal bagaimana bakal diberikan oleh jurulatih, kesesuaian fizikal, serta mencuba perkara-perkara baharu yang dianggap sangat bagus,” ulasnya lagi.

Rekod semasa menyaksikan Shayne sudah pun beraksi sebanyak enam perlawanan bersama Indonesia dan sudah pun merekodkan satu gol bersama aksi cukup positif.

Selain Shayne, Indonesia turut menyenaraikan beberapa lagi nama pemain warisan untuk mengharungi dua aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 seperti Jay Idzes serta Justin Hubner.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN