Pemain warisan Indonesia iaitu Justin Hubner disahkan akan menyambung kontrak baharu bersama kelabnya di England iaitu Wolverhampton Wanderers sehingga musim 2025.
Justin yang didaftarkan selaku pemain warisan baharu oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) pada tahun lalu merupakan aset terbaharu skuad kebangsaan tersebut dengan usia masuh lagi muda.
Wolverhampton resmi memperpanjang kontrak bek asal Indonesia, Justin Hubner (19 tahun). Diperpanjang 2,5 tahun (hingga 2025) 🇮🇩
Hubner saat ini bermain di tim Wolves U-21 & sempat bermain di timnas Indonesia U-20.
Congrats Hubner, semoga bisa merasakan main di tim utama Wolves pic.twitter.com/YEgXTsxf56
— FaktaBola (@FaktaSepakbola) February 2, 2023
Menerusi kontrak baharu tersebut, ianya pasti akan memberi motivasi terbaik buat Justin untuk terus membuktikan beliau mampu menjadi salah satu kekuatan utama untuk skuad kebangsaan Sang Garuda.
Untuk rekod, Justin merupakan salah satu tonggak utama yang beraksi selaku pertahanan Wolves bagi skuad bawah 21 (B-21) serta mempunyai peluang cerah untuk menembusi skuad utama.
Pengurus akademi Wolves iaitu Jon Hunter-Barrett juga setakat ini memberi reaksi positif mengenai lanjutan kontrak baharu Justin bersama pasukan tersebut.
Menurut Jon Hunter, beliau menyifatkan Justin sebagai seseorang yang sangat ampuh di posisi pertahanan dan menganggap pemain itu selaku tonggak buat Indonesia.
Malah, beliau turut memuji kelebihan yang ada pada Justin dari segi pertembungan di udara yang jelas memihak kepada beliau ketika bertemu penyerang lawan.
“Justin merupakan pemain muda yang menjadi tonggak utama buat pasukan negaranya iaitu Indonesia dan sangat luar biasa dalam situasi satu lawan satu.
“Tambahan pula, dia sangat bagus di udara dengan sentiasa memenangi pertarungan dalam situasi tersebut ketika bertemu penyerang lawan,” jelasnya menerusi Bola.com.
Pada masa sama, Jon Hunter juga mengharapkan agar pemain ini mampu terus menyerlah dan menembusi skuad utama pada suatu hari nanti.
Justin Hubner gol scorpion kick! 🤩🦐pic.twitter.com/5Zw9DtapS1
— Extra Time Indonesia (@idextratime) February 3, 2023
Namun sesuatu akan diusahakan kelab jika Justin gagal menembusi pasukan utama dengan bakal meminjamkan pemain ini ke kelab lain agar mampu terus bersinar.
Justin mula menyertai pasukan tersebut pada tahun 2020 ketika masih lagi berusia 16 tahun untuk mencuri minat kejurulatihan menyenaraikan beliau dalam pasukan.
Justin Hubner (18/CB/Wolves) dan Ivar Jenner (18/CM/FC Utrecht) telah tiba di Indonesia hari ini!
Siap gabung bersama Timnas U-20? 👀 pic.twitter.com/Yr5iOoinhz
— Extra Time Indonesia (@idextratime) October 23, 2022
Sepanjang bersama Wolves B-21, Justin telah pun diberi peluang beraksi sebanyak 22 perlawanan dan hanya mengutip lima kad kuning sahaja dalam karier dengan mempamerkan aksi cukup menyakinkan bersama rakan sepasukan lain.