Pemain Warisan: Antara Impian & Khayalan Penyokong Harimau Malaya

Tahun 2024 hampir melabuhkan tirai tidak lama lagi dengan ia diisi oleh pelbagai cerita suka duka buat arena bola sepak Harimau Malaya, terutama sekali membabitkan para penyokong tempatan.

Tahun 2024 juga menjadi detik bersejarah buat Malaysia yang akhirnya berjaya melayakkan diri secara merit untuk beraksi di pentas Piala Asia 2023, Qatar walaupun keputusan dicatat tidak begitu memberansangkan.

Disebabkan jurang kekuatan dan kualiti Harimau Malaya di saingan Piala Asia, kebanyakan peminat mula melontarkan impian berbentuk khayalan mereka untuk melihat perubahan lebih positif tercipta.

Tahun ini juga secara tiba-tiba perkaitan antara pemain warisan yang memiliki pertalian darah bersama Malaysia di seluruh negara mula menjadi topik hangat yang laris menerusi media sosial.

Secara asasnya, hubungan Malaysia dan pemain warisan ini bukan lagi suatu yang baharu selain penerapan tonggak naturalisasi yang menghiasi skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.

Namun kebanyakan pemajn warisan yang menyertai Malaysia sebelum ini tidak memiliki begitu banyak latar belakang membanggakan serta hanya beraksi di saingan-saingan biasa sebelum mewakili pasukan kebangsaan.

Selepas sebuah laman di media sosial secara tiba-tiba hadir memperkenalkan ramai calon pemain warisan di seluruh dunia, ia mula menjadi topik hangat dan semakin kerap dibincangkan dalam kalangan peminat.

Apa tidaknya, setiap pemain diperkenalkan laman tersebut cukup mengujakan dengan sesetengah daripadanya merupakan bintang ternama di saingan tertinggi Eropah.

Pengenalan yang dilakukan itu sedikit sebanyak memberi sebuah impian baharu dalam kalangan peminat yang berharap supaya ia mampu direalisasikan pada masa hadapan.

Tuntutan dilakukan juga menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) antara menerima tempias kritikan kerana dianggap lambat melakukan kerja jika dibandingkan laman tersebut.

Daripada sebuah impian, ia berubah menjadi suatu khayalan yang mengasyikkan sehingga menyaksikan sesetengah daripada peminat menjadi pentaksub untuk melihat lebih ramai muka-muka warisan baharu mengisi kesebelasan utama Malaysia masa hadapan.

Namun, panas tidak sampai ke petang apabila beberapa pemain warisan yang dikatakan memiliki pertalian darah bersama Malaysia sebelum ini rupanya hanyalah omongan kosong sahaja.

Malah ada pemain yang sebelum ini dikaitkan memiliki pertalian darah bersama Malaysia iaitu Josh Brownhill terpaksa menerangkan kepada peminat yang dirinya tidak boleh beraksi untuk Malaysia kerana tiada pengesahan rasmi.

Daripada impian diwujudkan, berubah kepada khayalan kepada sesetengah peminat dan kini ia hilang bersama laman tersebut di media sosial.

Apapun, pengharapan penyokong kepada pemain warisan boleh diteruskan kerana Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bersama pasukan baginda juga giat berusaha mendapatkan mereka dengan cara betul dan diyakini.

Sememangnya pemain luar negara yang memiliki pertalian darah bersama Malaysia itu wujud, cuma biarlah mereka yang memiliki kredibiliti memperkenalkan secara sah tanpa kita bergantung harap pada sumber tidak dikenal pasti latar belakangnya.

Pada akhirnya, peminat hanya perlu sabar menanti dan tidak meletakkan sebarang pengharapan tinggi pada status pemain warisan baharu kerana revolusi dilakukan kini bersikap jangka masa panjang dan menyeluruh.

Semoga bola sepak kita mampu untuk terus bersinar pada peringkat lebih tinggi pada suatu masa dan sentiasa berada pada tangan betul untuk mencipta kejayaan terbaik demi Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN