Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang-seo membantah pihak penganjur Piala AFF 2020 yang menyediakan makanan berasaskan daging ayam kepada pemainnya.
Ini kerana pemain Vietnam memerlukan makanan yang lebih berat atau sesuai dengan keinginan pemain.
“Makanan di sini bermasalah, kami harus makan menu yang sama [setiap hari,: kata Park dalam sidang media pertamanya sejak tiba di Singapura untuk pertandingan dwi tahunan itu.
“Semua pasukan memiliki agama dan budaya yang berbeza. maka kami juga wajar rasa dihormati.
“Misalnya Vietnam, yang suka makan daging babi.Tetapi sejak tiga hari ini semua harus [terpaksa] makan ayam. Saya berpendapat pihak penganjur seharusnya lebih fleksibel mengatur menu.”
Disebabkan peraturan kesihatan ketat oleh kerajaan Singapura, penganjuran pertandingan kali ini hanya membenarkan makanan pemain diedarkan di dalam kotak makanan.
Dalam keadaan biasa seperti penganjuran pada edisi sebelumnya, pemain-pemain dibenarkan menikmati makanan secara dine-in dan buffet di hotel penginapan, dan diet adalah berdasarkan pesanan dan arahan doktor pasukan masing-masing.
Vietnam diundi di dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Malaysia, Kemboja dan Laos. Kempen Vietnam mempertahankan kejuaraan di pertandingan ini bermula pada 6 Disember menentang Laos,
Diannggap sebagai kumpulan maut, Vietnam kemudian berhadapan skuad Harimau Malaya pada 12 Disember, Indonesia pada 15 Disember dan Kemboja pada 19 Disember.
Sepanjang sejarah penganjuran Piala AFF, Vietnam telah bergelar juara sebanyak dua kali. Selain 2018, kali terakhir Vietnam berjaya berbuat demikian adalah pada 2008.