Pemain Vietnam Keletihan, Terus ‘Terbang’ Ke Bali 4 Jam Selepas Benam Malaysia

Pham Duc Huy Vietnam

Skuad Vietnam telah berada di Bali, Indonesia sejak petang Jumaat untuk aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang seterusnya, menentang tuan rumah, Indonesia, pada Selasa.

Park Hang-seo dan anak buahnya berangkat awal ke gelanggang lawan bagi membolehkan persediaan awal dapat dilakukan dan mereka telah dilihat berada di lapangan terbang seawal jam 3.00 pagi waktu tempatan, sejurus selepas menang ke atas Malaysia.

Vietnam menang 1-0 ke atas Malaysia pada Khamis dan seterusnya diberikan rehat beberapa jam sebelum berada semula di lapangan terbang untuk mengejar penerbangan pada jam 5.10 pagi.

Barisan kejurulatihan membuat keputusan untuk tidak meneruskan sesi pemulihan di Hanoi dan tempoh empat jam diberikan kepada pemain dan kejurulatihan untuk makan, berehat dan seterusnya mengemas beg sebelum berangkat ke lapangan terbang.

Mereka menaiki dua penerbangan untuk ke Bali yang akan transit di Tan Son Nhat terlebih dahulu. Mungkin disebabkan itu, pemain-pemain Vietnam telah dirakam lensa Zing.Vn dalam keadaan letih dan menguap ketika menanti penerbangan mereka.

Tuan Anh Vietnam
FOTO: Sport 5

Menariknya mereka tiba lebih awal daripada Indonesia yang tiba pada malam tersebut. Perlawanan terpaksa dipindahkan ke Stadium Kapten I Wayan Dipta, Bali, selepas kekacauan yang berlaku pada perlawanan Indonesia-Malaysia, bulan lalu.

Sementara itu, pengendali Naga Emas, Park Hang-seo menyatakan di sidang media yang beliau berpuas hati dengan prestasi dua pemain yang tiba lewat ke kem latihan daripada luar negara iaitu Nguyen Cong Phuong dan bek sayap, Duan Van Hau.

Biarpun Cong Phuong yang diletakkan selaku penyerang utama gagal meledak gol, baginya, apa yang penting adalah semua pemain bermain dengan taktikal yang betul, yang dimahukannya.

“Tidak semua pemain beraksi baik setiap perlawanan. Saya cuma mahukan mereka mengikut taktikal permainan dan mereka berjaya mengikutinya,” jelasnya yang dipetik daripada portal Zing.Vn.

“Jangan pandang rendah apabila seseorang penyerang itu gagal menjaringkan gol. Pemain tengah dan pertahanan juga boleh jaring gol. Saya menilai penyerang saya berdasarkan sumbangan dalam permaianan,” tambah pengendali berusia 60 tahun itu lagi.

Kredit Featured Image: Zing.Vn

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN