Pemain Terengganu Mana Paling Layak Gantikan Safawi & Akhyar?

Persoalan kini mula timbul buat kem Terengganu tentang pengganti bagi kekosongan bakal ditinggalkan oleh dua pemain serangan iaitu Safawi Rasid serta Akhyar Rashid.

Kedua pemain tersebut tidak boleh beraksi kerana masing-masing tampil dengan status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk pertemuan seterusnya membabitkan Sang Penyu.

Untuk rekod, Safawi dan Akhyar memainkan peranan cukup penting musim ini buat Sang Penyu menerusi impak positif telah ditinggalkan kedua pemain tersebut di atas padang.

Hadir dengan status pinjaman musim ini, kedua pemain tersebut tidak mengambil masa yang lama untuk mencipta nama selaku penjaring dan memberi sumbangan besar kepada penghasilan jaringan buat Terengganu.

Maka, tidak hairan persoalan timbul dalam kalangan peminat kini mengenai calon pengganti bersesuaian untuk menampung ketiadaan dua pemain tersebut.

Untuk posisi pemain sayap kanan atau tengah serangan yang sebelum ini diisi oleh Safawi, nama pemain baharu Harimau Malaya iaitu Engku Nur Shakir dianggap bersesuaian untuk mengisi kekosongan tersebut.

Malah pemain itu sendiri mengakui tampil bersedia jika khidmat beliau diperlukan Tomislav Steinbruckner untuk aksi bertemu JDT kelak menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Kata Shakir, beliau memasang tekad untuk mempamerkan aksi berkualiti pada hari perlawanan walaupun menyedari lawan bukan sebuah pasukan calang-calang untuk dihadapi.

“Jika diberi peluang oleh jurulatih, sudah pasti saya akan menyajikan persembahan terbaik bagi membantu pasukan sekurang-kurangnya mengutip satu mata di tempat lawan sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah.

“Namun saya sedar ianya bukan semudah itu, lagipun skuad Harimau Selatan yang kini memimpin carta liga pastinya mahu melebarkan lagi rekod kemenangan bagi menjarakkan lagi mata.

“Nasihat buat diri dan rakan sepasukan, dalam sukan bola sepak pelbagai kemungkinan boleh terjadi, janji perlu beraksi sebaik mungkin sehingga ke wisel penamat ditiupkan pengadil,” kata beliau.

Untuk posisi Akhyar pula, kelibat dua pemain bersesuaian iaitu Norhakim Hassan bersama Syahmi Zamri dianggap mampu menampung kekosongan tersebut.

Malah kualiti Norhakim sendiri sudah pun terbukti sejak musim lalu menerusi kelincahan beliau di atas padang selain dirinya turut memiliki ketajaman di hadapan gawang gol.

Pandangan anda, pemain mana paling layak untuk mengisi kekosongan dua pemain tersebut pada hari perlawanan tersebut selain senarai disebutkan di atas?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN