Pemain Terengganu FC Hanya Diberi Cuti Raya Sehari

Pengendali skuad Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan anak buahnya hanya diberi cuti hari raya Aidilfitri sehari sebelum turun ke padang menjalani latihan pada hari raya kedua.

Bercakap kepada Berita Harian, Irfan mahu pemainnya melihat perkara itu dari sudut yang positif walaupun terpaksa mengorbankan cuti hari raya itu bersama sanak-saudara.

“Saya dah beritahu kepada pemain selepas hari raya kita hanya berehat pada hari raya pertama sebagai persiapan bertemu dengan JDT kerana pada 19 Jun kita akan bertolak ke sana (Johor).

“Saya harap pengorbanan yang tinggi daripada semua pemain yang terpaksa mengorbankan cuti sempena hari raya akan mendapat keputusan yang baik nanti bertemu skuad JDT di laman mereka,” kata Irfan Bakti.

Irfan mahu anak buahnya menjaga tahap kecergasan bagi menghadapi perlawanan yang seterusnya. FOTO: TFC

Bagaimanapun jurulatih berpengalaman itu berkata, sebelum sambutan hari raya, pemainnya diberikan cuti selama tiga hari iaitu bermula 12 Jun bagi membolehkan anak buahnya itu yang sebahagian besarnya berasal dari luar Terengganu pulang ke kampung halaman masing-masing.

Pendatang baharu Liga Super itu kini menghuni tangga kelima liga dengan mengumpul 24 mata hasil daripada 15 perlawanan tidak boleh keciciran mata lagi jika mahu mencabar kedudukan tiga tempat teratas liga.

Skuad Terengganu FC akan bertemu pendahulu Liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 20 Jun ini. Irfan mahu mempersiapkan anak buahnya dari segi kecergasan untuk memastikan 3 mata penuh dapat dicapai.

“Namun begitu kita perlu memperkemaskan lagi semua posisi bermula daripada penjaga gol hinggalah jentera serangan sebelum bertemu JDT nanti, juga pemain perlu ingat faktor kecergasan dan pemakanan harus diambil berat,” kata jurulatih berusia 67 tahun itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN