Pemain Tengah Korea Selatan, Do Dong Hyun Sah Sertai Pasukan The Red Warriors

Bekas pemain import Uitm FC, Do Dong Hyun menjadi pemain terbaharu yang diumumkan telah diikat oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) bagi mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pemain tengah yang berusia 23 tahun itu beraksi bersama pasukan UiTM FC musim ini menjadi pemain kedua diserap masuk dalam skuad The Red Warriors (TRW) selepas mereka mengumumkan kemasukan bekas pemain Selangor, S Veenod.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan, mengesahkan Dong Hyun yang mempunyai ketinggian 1.73 meter dan pernah beraksi bersama Kelab Brisbane Roar pada musim 2013-2014; FC Gifu (2014) serta North East United (2015-2016) sudah menandatangani kontrak yang ditawarkan.

“Selamat datang ke Kota Bahru. Semoga anda dapat membantu mencipta lebih banyak kemenangan untuk Kelantan,” katanya.

Keupayaan Dong-hyun untuk beraksi di posisi sayap dan serangan berjaya memukau panel kejurulatihan yang ditugaskan Kafa untuk melakukan pemilihan pemain bagi pasukan Kelantan.

“Kebolehan Dong Hyun bermain di pelbagai posisi menarik perhatian panel kejurulatihan KAFA yang ditugaskan memilih pemain mengambilnya bagi menyarung jersi Kelantan musim depan.

Dong-hyun dilepaskan UiTM FC secara rasmi pada Rabu lepas selepas mewakili kelab Liga Perdana itu bagi musim 2017.

Pemain itu juga pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan pada 2011 dan kelab bola sepak India, East Bengal bermula musim 2015-2016.

Aksi Do Dong-Hyun ketika mewakili NorthEast United FC dalam saingan Liga Super India. (Gambar: Pal Pillai/ ISL/ SPORTZPICS)

Kelantan turut mengekalkan khidmat pemain tengah, Morgaro Gomis manakala seorang lagi pemain, Seydi L’Imam yang dibawa masuk ketika pertengahan musim 2017 tetapi gagal didaftarkan dan masih dalam proses perbincangan.

“Kalau diikutkan dia (L’Imam) masih mempunyai kontrak setahun dengan kita, kita berpuas hati dengan komitmennya ketika latihan dan prestasi ketika perlawanan persahabatan.

Jadi kita masih lagi mengadakan rundingan termasuk dengan ejennya agar dia dapat mewakili kita musim depan,” jelas Bibi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN