Pemain Tengah Dari Belanda Tak Mengaku Miliki Darah Indonesia

Pemain tengah kelahiran Belanda, Boris Van Schuppen mengakui beliau tidak memiliki sebarang pertalian darah bersama Indonesia bagi membuka peluang buat dirinya beraksi untuk Sang Garuda.

Umum mengetahui Indonesia kini menjadi antara pasukan di Asia Tenggara yang semakin meningkat naik daripada segi prestasi mereka bawah kendalian Shin Tae-yong.

Tidak tertakluk kepada bakat tempatan sahaja, Shin turut diberi kebenaran untuk merekrut sendiri seberapa ramai pemain warisan berkualiti di luar negara bagi memperkukuhkan Sang Garuda.

Sehingga kini, kehadiran bintang-bintang warisan seperti Jay Idzes, Justin Hubner, Ivar Jenner, Thom Haye, dan ramai lagi berjaya memberikan impak cukup positif buat skuad kebangsaan Indonesia.

Hasil gandingan para pemain tersebut memastikan Indonesia melayakkan diri ke pusingan 16 terbaik buat pertama kali dalam sejarah di kejohanan Piala Asia 2023.

Malah, Indonesia juga tampil cemerlang dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas mereka merekodkan dua kali kemenangan ketika menewaskan Vietnam untuk mengumpul enam mata maksima.

Walaupun memiliki ramai pemain berdarah campuran, ada juga bintang lain yang tidak dapat didaftarkan kerana tidak mempunyai dokumen atau bukti lengkap bagi melayakkan diri mereka didaftarkan selaku warganegara Indonesia.

Nasib tersebut turut menimpa kepada bintang muda Belanda yang sebelum ini dikaitkan bersama Indonesia iaitu Boris Van Schuppen apabila pemain tersebut mengakui tidak mempunyai pertalian darah bersama negara tersebut.

Ianya diumumkan sendiri pemain tersebut menerusi laman Instagram bagi menjawab persoalan ditimbulkan oleh para penyokong fanatik Sang Garuda.

“Ini pesanan buat para penyokong saya di Indonesia. Saya minta maaf tetapi saya merupakan warganegara penuh buat Belanda dan tak akan sesekali boleh beraksi bersama Indonesia.

“Tujuan saya memberi kenyataan ini kerana saya mendapat begitu banyak mesej daripada pengikut bola sepak Indonesia sejak bulan lalu. Saya masih menyayangi sokongan tersebut,” ulas Boris.

Untuk rekod, Boris merupakan pemain muda berusia 22 tahun yang kini beraksi untuk NAC Breda bagi saingan dalam saingan divisyen kedua di Belanda.

Beraksi di posisi tengah, Boris telah pun mencipta banyak penampilan bersama kelab tersebut bersama aksi ditampilkan cukup positif walaupun pada usia masih muda.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN