Pemain Tempatan Tak Boleh Lagi Berada Di Zon Selesa

Pemain tempatan negara kini diberi nasihat untuk tidak lagi berada di zon selesa selepas beberapa perubahan kini sedang berlaku untuk bola sepak Malaysia terutama dalam misi untuk menjadi lebih baik berbanding sebelum itu.

Seperti diketahui, revolusi sedang dilalui pasukan kebangsaan dengan beberapa muka baharu sudah diperkenalkan daripada segi pengurusan sehingga kepada kejurulatihan dan telah diumumkan menerusi laman Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bermula dengan pengenalan Peter Cklamovski serta Nafuzi Zain di posisi kejurulatihan skuad senior serta B-23 Harimau Malaya, FAM turut mengumumkan Rob Friend selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) skuad kebangsaan.

Paling baharu, organisasi berkenaan turut memperkenalkan Dr. Craig Duncan dari Australia dengan mempunyai peranan selaku Ketua Prestasi Tinggi & Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan yang merupakan antara jawatan terpenting struktur baharu Harimau Malaya.

Untuk perubahan seterusnya, FAM dijangka bakal mendaftarkan beberapa lagi pemain naturalisasi selain bakal mendapatkan tonggak warisan di luar negara untuk memperkukuhkan pasukan kebangsaan.

Melihat kepada kehadiran bakal-bakal pemain baharu itu, ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat jika nasib anak tempatan bakal diketepikan.

Malah, tak kurang spekulasi ditimbulkan jika skuad Harimau Malaya kali ini bakal diisi sepenuhnya oleh para pemain warisan dan naturalisasi sahaja dengan nasib anak tempatan akan terus tersisih.

Walaupun begitu, kehadiran ramai pemain warisan dan naturalisasi selepas ini sebenarnya mampu untuk menaikkan lagi motivasi anak tempatan lain untuk tidak terus berada pada zon selesa serta perlu berubah ke arah positif jika ingin menempatkan diri bersama pasukan kebangsaan.

Malah, bekas pemain Malaysia iaitu Azlan Johar sendiri mengakui para pemain tempatan kebanyakannya terlalu selesa kini dan enggan menambah usaha untuk menjadi lebih baik.

“Mereka terlalu selesa hanya jadi juara tempatan. Tak nak berusaha keras untuk majukan diri.

“Pemain tempatan telah diberikan masa yang lama untuk tingkatkan diri. Sekarang baru mereka tahu,” ujar Azlan menerusi perkongsian dibuat oleh Sinar Harian.

Apapun, kehadiran tonggak warisan dan naturalisasi boleh menjadi suatu kelebihan sebenarnya buat pemain tempatan jika mereka mengambil perkara itu sebagai suatu inspirasi untuk mewujudkan persaingan sihat.

Lihat sahaja bagaimana Arif Aiman Hanapi yang terus berkembang kini bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) walau dikelilingi oleh ramai pemain warisan serta import dan meletakkan diri beliau kukuh di kesebelasan utama tatkala usia masih muda.

Pandangan anda pula?

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN