Pemain Skuad Sukan SEA Vietnam Curi Perhatian PAFA

Vietnam

Kejayaan Vietnam menjuarai acara bola sepak Sukan SEA 2019 di Filipina telah menarik minat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk cuba memancing pemain negara tersebut bagi mengisi dua lagi kuota pemain import yang masih kosong buat skuad Yob.

Skuad bimbingan Park Hang-seo itu muncul juara selepas berjaya menundukkan Indonesia dengan keputusan 3-0 pada aksi final yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Filipina.

Pengkhabaran terkini itu disahkan sendiri oleh Presiden PAFA, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Haji Azumu ketika ditanya mengenai perkembangan Perak dalam usaha membawa masuk pemain import baharu selain Guilherme De Paula.

“Ada, kita hendak tinjau-tinjau juga. Vietnam macam bagus pemain-pemain mereka. Apabila menang Sukan SEA, saya tengok boleh tahan juga.”

”Saya sudah bercakap dengan Mehmed [Durakovic], pergilah tengok. Tetapi [memilih] pemain-pemain ini bukanlah kerja saya, kerja Mehmedlah,” ujar Dato’ Seri Ahmad Faizal bercakap dalam sidang media sebuah majlis yang berlangsung di Malim Nawar.

Sebelum ini, Perak telah mengekalkan dua pemain import dari Brazil, Leandro Dos Santos Oliveira dan Raianderson Da Costa Morais serta baru sahaja membawa masuk Guilherme De Paula ke dalam pasukan.

Pada musim 2019, Perak menjadi satu-satunya pasukan dalam saingan Liga Super yang tidak menggunakan kuota pemain import daripada negara Asean.

Kredit foto: vovworld

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN