Pemain Sabah Bertindak Ganas Pukul Kekasih Sendiri?

Sabah

Sebelum ini, kita pernah mendengar pelbagai cerita mengenai pemain-pemain bola sepak yang bertindak ganas terhadap pasangan mereka sehingga mengakibatkan kecederaan.

Sebagai contoh apabila bekas pemain Manchester United iaitu Mason Greenwood yang mencederakan teman wanitanya sehingga ianya menjadi tular dan polis pun masuk campur.

Hasilnya, Greenwood meringkuk dalam penjara, dan kini tidak lagi bergelar sebagai pemain United dengan masa depannya semakin gelap dalam bola sepak.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Tanpa disangka, situasi yang sama turut berlaku di Malaysia selepas tular sebuah rakaman yang mengatakan pemain Liga Malaysia yang melakukan kesalahan yang lebih kurang sama.

Tular sebuah rakaman di Instagram apabila seorang wanita yang merupakan seorang doktor iaitu Dr Hana Rose memuat naik sebuah rakaman menunjukkan badannya mempunyai kesan hasil penderaan fizikal.

Dalam muat naik tersebut, Hana menulis, “diserang oleh lelaki yang saya cinta. Dulu berjanji untuk setia selamanya sehingga tua.”

“Tapi akhirnya, terkadang wanita boleh jadi bodoh dengan orang yang dia sayang, berdiam dan bertahan. Sekarang saya fobia dan trauma,” tulis Hana lagi.

Pemain yang dimaksukan itu adalah pemain pertahanan Sabah iaitu Rizal Ghazali. Bekas pemain Kedah Darul Aman ini dikatakan telah menyerang Hana di Petaling Jaya sewaktu Sabah beraksi di Lembah Klang.

Hana mendedahkan yang laporan polis telah pun dibuat sambil menantikan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

Sabah masih belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu yang tular ini.

Kami di Semuanya BOLA amat mengecam tindakan melakukan penderaan fizikal terhadap wanita. Hentikanlah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN