Selepas tular video Aqil Shamsul, seorang pemain remaja berusia 13 tahun yang mempamerkan kemahiran luar biasanya di atas padang di media sosial baru-baru ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak menunggu lama untuk merekrutnya.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers yang memaparkan imej Aqil bersama kedua ibu-bapanya dijemput ke ibu pejabat JDT dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri untuk menandatangani kontrak.
What a talented young player! 🔥 Remember the name, Aqil Shamsul 👏🏻
🎥 by @AidirAidiripp https://t.co/JDavN3jIJ0#PlayOn pic.twitter.com/tInx7GsmRW
— Balrz.tv (@balrztv) May 12, 2023
“Selamat datang ke Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim!”
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah menandatangani pemain muda berusia 13 tahun, Muhammad Aqil b Mohd Shamsul Aswadi dari Terengganu.
“Remaja tersebut akan menyertai Akademi JDT. Akademi JDT adalah satu-satunya akademi kelab bola sepak profesional sepenuh masa yang menawarkan latihan bola sepak, pendidikan dan penginapan. Luaskan Kuasamu Johor.”
WELCOME TO JOHOR DARUL TA'ZIM FC!
Johor Darul Ta'zim FC have signed 13-year-old youngster Muhammad Aqil b Mohd Shamsul Aswadi from Terengganu.
The teenager will join JDT Academy. The JDT Academy is the only full-time professional football club academy that offers football… pic.twitter.com/loZTzgtUlj
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 18, 2023
Diharapkan bakat pemain remaja ini dapat dikembangkan lagi dan muncul bintang masa depan negara seperti yang telah berjaya dilakukan ke atas beberapa graduan akademi JDT yang lain seperti Arif Aiman.