Bekas Ejen Verratti: “Pemain PSG Ibarat Seperti Tinggal Dalam Sangkar Emas”

Masa kini, Paris Saint-Germain (PSG) telah menstabilkan diri mereka sebagai salah sebuah yang begitu kaya dan ampuh di peringkat Eropah.

Pasukan PSG pada hari ini tidak seperti dahulu. Jika dahulu, mereka hanyalah pasukan kelas pertengahan sahaja di Perancis tetapi kini mereka adalah pasukan yang penuh dengan bintang.

Jadi, tidak hairanlah ada yang mengatakan jika seseorang pemain itu bermain untuk PSG maka pemain tersebut ibarat berada dalam sangkar emas.

Itulah gambaran yang diberikan oleh bekas ejen Marco Verratti, Donato Di Campli mengenai situasi di PSG pada era pemilikan Arab ketika ini.

Beliau menggambarkan para pemain dalam skuad PSG kini seperti di dalam sangkat emas kerana bayaran tinggi yang diterima mereka di kelab tersebut.

Kylian Mbappe
PARIS, FRANCE – SEPTEMBER 27: Edinson Cavani #9 of Paris Saint-Germain celebrate his goal with Kylian Mbappe #29 and teammattes during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain (PSG) and Bayern Muenchen at Parc des Princes on September 27, 2017 in Paris, France. (Photo by Xavier Laine/Getty Images)

Walaupun begitu, Di Campli berasakan khidmatnya tidak dihargai sewaktu bertugas untuk pelanggannya yang merupakan pemain kebangsaan Itali itu.

“Tiada penghargaan diberikan kepada saya, bagi saya Verratti itu tidak wujud.”

“Saya ditolak ke tepi seperti pasir, ia merupakan pengalaman terburuk dalam hidup saya.”

“Tak dapat main, tapi apa boleh buat”

Selepas berpindah dari Barcelona pada musim panas lalu, Neymar kini dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Namun bagi Di Campli perpindahan itu tidak akan berlaku. Baginya, sekali pemain itu berada di PSG maka pemain itu tidak akan ke mana-mana.

“Neymar tidak akan berpindah dari PSG, sama juga dengan pemain PSG yang lain.”

“Mereka adalah pasukan yang cukup berpotensi. Mereka juga adalah kumpulan pemain yang tinggal di dalam sangkar emas.”

“Apabila mereka tinggal dalam sangkar emas, pastinya mereka tak mahu tinggalkan kontrak mereka dengan bayaran gaji yang cukup besar. Lagipun mereka bermain di Ligue 1 yang merupakan liga yang cukup mudah bagi mereka.”

Situasi itu nyata jelas bagi pemain seperti Javier Pastore, yang kini kurang beraksi di bawah Unai Emery.

Walaupun kurang beraksi di PSG, namun gaji yang cukup lumayan seolah-olah telah membuatkan pemain itu selesa.

“Saya tahu Pastore amat kecewa kerana waktu bermain beliau cukup terhad. Tapi semua perlu ingat, kontrak beliau adalah bersama PSG.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN