Pemain Panathinaikos Enggan Turun ke Padang Latihan Ekoran Masalah Gaji

Bola sepak Greece sekali lagi mengegarkan ruang berita sukan di Eropah musim ini. Sebelum ini, berkaitan isu kesamsengan ketua sebuah kelab di sana.

Tetapi kali ini berkaitan dengan kegagalan sebuah kelab membayar gaji kepada para pemain.

Panathinaikos

Pemain kelab itu telah bersepakat untuk tidak turun ke padang latihan. Mereka telah memaklumkan hasrat itu kepada Presiden kelab, Vasilis Konstantinou.

Mereka akan kembali ke sesi latihan sekiranya gaji mereka yang sepatutnya terima pada Disember lalu. Ada laporan mengatakan, mereka kali terakhir menerima gaji ialah pada bulan Oktober.

Tidak hairanlah mereka telah membuat tindakan sebegini!

Namun kelab cuba untuk menjelaskan pembayaran gaji Disember lalu seawal hari ini. Usaha mereka untuk menjernihkan keadaan harus dipuji.

Walaupun protes berlangsung, perlawanan antara Panathinaikos menentang Atromitos pada Ahad ini akan berjalan seperti dijadualkan.

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Musim ini Panathinaikos bergelut dengan hal ehwal pengurusan. Sebelum ini, mereka gagal menjelaskan hutang kepada bekas pemain mereka, Jens Wemmer.

Kelab itu berhutang hampir 500 ribu Euro kepada Jens.

Akibat kegagalan itu, kelab itu ditolak 3 mata daripada kempen Liga Greece musim ini.

Kandas

Panathinaikos musim ini. Sumebr: Sports.ert

Memang perjalanan Panathinaikos agak tidak stabil musim ini. Daripada 26 perlawanan yang diharungi setakat ini, mereka hanya menang 8 kali dan seri 10 kali.

Dalam Liga Greece, setiap pasukan akan menghadapi 30 perlawanan dalam semusim.

AEK Athens masih selesa di persada liga, beza 8 mata dengan pencabar terdekat, PAOK. Namun, PAOK berpeluang memintas kerana masih ada 4 perlawanan berbaki.

Tindakan pemain ini tepat disebabkan mereka terpaksa menjaga periuk nasi mereka. Mungkin disebabkan tiadanya pengurusan yang baik, ia mampu menganggu kelancaran sesebuah kelab.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN