Pemain Palestin Terbunuh Ditembak Pendatang Israel

Omar Abu Qatin

Berita duka muncul dari Palestin selepas seorang pemain bola sepak dari negara tersebut didapati dibunuh oleh pendatang haram Israel.

Pemain yang dimaksudkan bernama Omar Abu Qatin yang dibunuh di depan rumahnya oleh pendatang haram Israel.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Menurut kenyataan FA Palestin, Omar merupakan pemain bola sepak kedua yang mati terbunuh dalam tempoh enam bulan.

“Omar mati ditembak di bahagian dada ketika berada di rumahnya yang terletak dekat Tarmasia, utara Ramallah.

“Situasi ini berlaku selepas pendatang Israel melakukan serangan terhadap perkampungan dengan membakar sedozen rumah dan menyerang orang ramai,” kata FA Palestin.

Omar merupakan pemain bagi kelab Turmus Ayya yang merupakan sebahagian daripada pasukan divisyen tiga Palestin.

Dalam masa yang sama, Turmus Ayya merupakan kelab bagi kampung halaman pemain yang berusia 25 tahun itu.

FA Palestin juga mengesahkan yang Israel kini giat melakukan serangan terhadap atlet dan ahli sukan negara itu ketika ini.

Mereka mendesak agar kertas siasatan dibuka bagi mendapatkan keadilan ke atas kematian pemain bola sepak Palestin hasil kedurjanaan Israel.

FA Palestin mahukan pihak Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) mendapatkan keadilan penuh bagi pemain tersebut agar tiada lagi insiden serupa ini berlaku.

Kami di Semuanya BOLA turut mengecam perkara ini dengan Israel perlu menghentikan tindakan durjana mereka yang begitu tamak merampas tanah Palestin dan menubuhkan negara haram mereka.

Kami juga berduka diatas pemergian Omar, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN