Pemain Negeri Sembilan Dedah Isu Tunggak Gaji Sudah Selesai

Pertahanan kental Negeri Sembilan iaitu Che Rashid Che Halim mendedahkan isu tunggakan gaji yang melanda pasukan tersebut sebelum ini sudah pun dilangsaikan oleh pihak pengurusan.

Terdahulu, Negeri Sembilan menjadi antara pasukan yang mengalami tunggakan gaji sejak beberapa bulan lalu dan ianya mendapat jelas mendapat kritikan peminat menerusi media sosial.

Selain Negeri Sembilan, pasukan lain seperti Kedah Darul Aman (Kedah), Sabah, Kelantan, serta Kuala Lumpur City (KL City) menjadi pasukan yang turut terpalit dengan isu serupa iaitu tunggakan gaji.

Jelas Che Rashid, beliau bersama rakan sepasukan lain jelas merasa sangat lega kerana Negeri Sembilan kini tiada lagi isu tunggakan gaji setelah ianya diselesaikan oleh pihak pengurusan kelab.

“Terima kasih kepada pengurusan kelab yang berjaya menyelesaikan masalah tunggakkan gaji pemain dihadapi sebelum ini.

“Saya yakin dan percaya, semangat dan komitmen rakan-rakan kekal tinggi untuk terus berjuang dalam baki tiga perlawanan, bukan sahaja untuk mempertahankan maruah pasukan tetapi juga bagi kepentingan pemain sendiri untuk musim hadapan,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, pasukan tersebut juga jelas ingin mencipta kebangkitan pada baki saingan Liga Super 2023 yang kini sudah pun menghampiri penghujungnya.

Ketika ini kedudukan semasa menyaksikan Negeri Sembilan berada di tangga ke-10 selepas mereka hanya mengumpul 21 mata daripada 23 perlawanan dilalui.

Berbaki tiga lagi perlawanan, skuad kendalian K. Devan jelas ingin menggunakan kesempatan tersebut untuk kembali mengumpul kemenangan bagi memperbaiki kedudukan semasa mereka di carta liga.

Menurut Che Rashid, beliau mahu rakan sepasukan lain turut menggunakan tempoh masa dimiliki kini untuk memperbaiki segala aspek kelemahan sebelum menghadapi cabaran PDRM pada 25 November depan.

“Ketua jurulatih (Devan) sudah menyatakan hasrat bahawa pasukan perlu memenangi baki tiga perlawanan bagi mendapatkan kedudukan yang baik dalam carta sebelum liga musim ini berakhir.

“Jadi, setiap pemain perlu bersedia dengan komitmen dan prestasi terbaik untuk merealisasikan sasaran berkenaan.

“Untuk itu, kami perlu menggunakan peluang yang ada bagi mencapai tahap prestasi terbaik kerana cabaran dalam baki tiga perlawanan berkenaan tidak boleh dipandang mudah,” kata Che Rashid akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN