Pemain Muslim Ini Cipta Sejarah Jadi Kapten Untuk Pasukan Kebangsaan Israel

Kita semua tahu yang negara Israel saban hari melakukan penindasan terhadap Palestin yang majoritinya adalah umat Islam.

Jadi kita selalu beranggapan yang di Israel tiada satu pun rakyat mereka beragama Islam. Apatah lagi di dalam skuad bola sepak mereka bukan?

Tanggapan itu bagaimanapun salah. Malah di dalam skuad bola sepak kebangsaan Israel, mereka mempunyai kapten yang merupakan seorang Muslim!

Ini kisah Bibras Natkho untuk anda.

Hari bersejarah

Natkho merupakan seorang pemain skuad kebangsaan Israel yang berketurunan Circassians yang merupakan sebuah etnik yang yang kebanyakkan tinggal di Turki.

Di Israel terdapat lebih kurang 7000 rakyat mereka yang berasal dari etnik Circassians dan majoriti dari mereka adalah penganut Sunni Islam.

Hari bersejarah Nathko bermula ketika perlawanan menentang Andorra. Beliau dipilih menjadi kapten Israel apabila menggantikan Tal Ben Haim ketika separuh masa.

“Walaupun saya hanya bermain 45 minit. Namun itu adalah waktu terbaik dalam karier saya.”

“Ketika itu, Ben Haim datang kepada saya dan memberikan lilitan lengan kepada saya. Ben Haim berkata arahan itu datang dari jurulatih yang mahukan saya menjadi kapten.”

Untuk rekod, Natkho telah menjadi pemain kedua dalam sejarah Israel yang menjadi kapten pasukan kebangsaan selepas Walid Badir.

Selain itu, Natkho juga telah memecahkan rekod menjadi kapten Muslim pertama untuk Israel di peringkat remaja.

Diam sepi

Namun begitu, antara cabaran Natkho menjadi pemain kebangsaan Israel adalah ketika sesi menyanyikan lagu kebangsaan.

Menurutnya Natkho, beliau tidak boleh menyanyikan sebahagian daripada lagu kebangsaan tersebut.

“Terdapat bait lirik dalam lagu kebangsaan Israel yang berbunyi nefesh yehudi homiyah yang membawa maksud ‘jiwa Yahudi yang dimahukan’.”

“Saya seorang Circassians dan juga seorang Muslim. Saya tak mahu nyanyi kerana saya tak ada jiwa dan perasaan ketika menyanyikan lagu itu.”

bibras_natkho_helps_cristian_m

Walaupun begitu, Natkho tetap gembira dengan pencapaian sebagai kapten Israel sambil menyifatkan pasukan kebangsaan Israel sebagai pasukan yang cukup hebat.

“Pasukan ini cukup mengagumkan saya. Walaupun kami berlainan bangsa, agama dan juga perspektif terutamanya dalam hal politik. Kami tetap boleh bermain sebagai satu pasukan dengan baik.”

“Bagi kami, bola sepak adalah bola sepak.”

Masih utuh

Kisah ini berlaku pada 2 tahun yang lalu. Namun begitu, ianya masih lagi utuh dalam karier Natkho.

Beliau yang sebelum ini beraksi untuk CSKA Moscow kini telah membawa diri menyertai Olympiakos.

Walaupun telah berubah kelab, namun beliau masih lagi utuh menjadi ketua pasukan kebangsaan negaranya.

Pelantikan beliau sebagai kapten Israel pertama dalam kalangan Muslim sedikit sebanyak memberikan persepsi negatif terhadap umat Islam di negara itu.

Harus diingat, yang kejam itu ialah Zionis. Hatta orang Yahudi di Israel sendiri ada yang tidak setuju dengan mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN